Laman Utama

Lagi Pemain Manchester City Positif COVID-19, Kali Ini Pemain Tengah Pula Jadi Mangsa!

gempak
Hanafis Haris
22/09/2020
07:58 MYT
Sponsor Banner
Lagi Pemain Manchester City Positif COVID-19, Kali Ini Pemain Tengah Pula Jadi Mangsa!

Satu persatu selebriti, pemain sukan serta individu terkenal dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Terbaru, pemain tengah Kelab Manchester City, Ilkay Gundogan disahkan positif COVID-19.

Menerusi laporan Astro Awani, kelab itu memaklumkan, pemain berusia 29 tahun itu kini menjalani tempoh kuarantin 10 hari.

Ini bermakna, Gundogan terlepas aksi pertama City menentang Wolves.

Liga Perdana Inggeris dalam pada itu maklumkan sehingga Ahad, sejumlah 1,574 pemain dan kakitangan disaring.

Daripada jumlah itu, tiga kes positif COVID-19 dikesan.

Selain Gundogan, dua lagi pemain City, Riyad Mahrez dan Aymeric Laporte turut disahkan positif COVID-19 sebelum ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024