Berita
Lagi Pendedahan, “Saya Setuju Menutup Aibnya, Tapi…”- Mahu Jaga Reputasi, Imam Muda Faris Minta Isteri Buat Perjanjian..
Kisah Imam Muda Faris, 34, menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin dua menjadi bualan hangat.
Terbaharu, menerusi BH Online, Nur Hidayu mendakwa bekas suami memintanya menandatangani perjanjian hitam putih untuk menutup pergolakan rumah tangganya serta tidak mendedahkan apa yang berlaku.
Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata, dia tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami.
"Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan.
Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga saya dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, dia malu sekiranya kisahnya tersebar.
"Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup aibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia menghalau saya daripada rumah ketika tempoh PKP," dakwanya.
Katanya, dia tak mampu mempertahankan rumah tangga apabila bekas suami bertindak sedemikian.
"Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi.
"Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa," dedah Nur Hidayu.
Nur Hidayu mendakwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya.
Dakwanya, bekas suami jarang pulang ke rumah, malah langsung tidak pulang menjenguk anak sepanjang tempoh PKP sejak membuat pengakuan berkahwin.
"Paling menyedihkan, bekas suami pernah menghantar makanan, tetapi diletakkan dalam kotak atas tempat letak kasut.
Air mata saya menitis melihat anak-anak menjamah makanan pemberian bapanya," dakwanya.
Katanya, biarpun bekas suami memberikan nafkah, tetapi ia tidak mencukupi dengan tanggungan lima anak yang masih kecil.
"Anak keempat dan kelima masih menyusu. Kos membeli susu sahaja sudah berapa? Dengan wang nafkah sebanyak RM300 tentunya tidak mencukupi. Bekas suami ada menambah dengan memberikan RM500, bermaksud setiap anak mendapat RM100.
"Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan.
"Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, bekas suami mahu mengambil dua anak yang masih kecil," dakwanya.
Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepincangan rumah tangganya bukan mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyarakat tahu dirinya tidak bersalah.
Sumber: BH Online
Must-Watch Video