Laman Utama

Lagi Selebriti Kena Covid-19, Iqbal Tersingkir, Fazley Minta Lelaki Trim Bulu Ketiak Menarik Hari Ini

gempak
Syafiqah Jalal
14/02/2022
13:55 MYT
Sponsor Banner
Lagi Selebriti Kena Covid-19, Iqbal Tersingkir, Fazley Minta Lelaki Trim Bulu Ketiak Menarik Hari Ini
Hari pertama dalam minggu ini seperti biasa cerita program Big Stage 2022 pasti mengungguli dan kali ini Iqbal Zulkefli sekali lagi jadi perhatian apabila tersingkir dengan markah 9.2 peratus.
Selain itu terdapat berita duka beberapa selebiriti dijangkiti Covid-19 juga. Nak tahu apa lagi menarik? Ikuti ringkasan serta link di bawah untuk berita lanjut:
  1. “Allah Mahu Aku Rehat”- Positif Covid-19, Afdlin Shauki Mula Rasa Simptom-Simptomnya
Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki reda apabila disahkan positif Covid-19. Menurut Afdlin dia sudah pun dijangkiti virus tersebut sejak beberapa hari lalu dan mula merasakan simptomnya.
  1. Big Stage 2022: Iqbal Akhirnya Tersingkir Dengan Markah 9.2%, Elica Paujin Naik Ke Tangga #1
Penyanyi Iqbal Zulkefli menjadi bintang Big Stage 2022 pertama yang tersingkir pada konsert minggu kedua yang bersiaran secara langsung pada Ahad.
Iqbal mendapat markah sebanyak 9.2% gagal meneruskan perjuangan pada minggu ketiga yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
  1. "Suami Trim Bulu Ketiak, Kain Pelikat Jangan Bau Kepam" - Eh Abang Asmara Tak Setuju Isteri Wajib Berhias?
Penyanyi yang juga bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Datuk Fazley Yaakob membidas kenyataan seorang individu yang meminta setiap isteri untuk sentiasa berhias demi suami tercinta. Menerusi satu posting di Instagramnya, Fazley atau lebih mesra dengan gelaran 'Abang Asmara' itu bersetuju dengan 'kewajiban' tersebut, namun ia masih perlu ada batasnya.
  1. “Akhirnya, Setahun Kemudian…” - Elizabeth Tan Sambut Majlis Resepsi Perkahwinan Bersama Suami, Cantiknya!
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan meraikan usia setahun perkahwinannya bersama suami, Siew Jim dalam sebuah majlis resepsi yang gilang-gemilang pada Ahad.
Menerusi laman sosial Instagram, Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, 29, memuat naik sebuah video momen-momen di majlis tersebut untuk tatapan umum.
  1. “Baby Ada Sedikit Batuk & Selesema…”- Tasha Manshahar Reda Bayi 3 Bulan Kena Covid-19
Penyanyi Tasha Manshahar dan anaknya berusia tiga bulan, Mateen Rizqi disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Pun begitu, suaminya, Raqib Majib dan anak sulung dilindungi dan tidak dijangkiti wabak itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024