,
Laman Utama

Lagu Jerat Percintaan Siti Nurhaliza Hampir Digantikan Mazleela Di Pentas AJL 1996! - "Betul Sebab Ketika Itu Form 5, Ada Peperiksaan"

Amri Hassan
17/07/2023
08:50 MYT
Umum tahu, lagu Jerat Percintaan telah melonjakkan karier Datuk Seri Siti Nurhaliza sekitar tahun 1996 menerusi beberapa pentas nyanyian berprestij tempatan seperti AJL dan Anugerah Industri Muzik.
Tahun itu, lagu Jerat Percintaan menggondol persembahan terbaik dan kategori balada AJL 1996 serta telah meraih lagu terbaik semasa Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997.
Jerat Percintaan dicipta oleh komposer terkenal Adnan Abu Hasan dan liriknya ditulis oleh Othman Zainuddin dan Hani MJ.
Namun, akui penyanyi lagu itu sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ada yang tidak tahu sebenarnya lagu tersebut asalnya hampir dinyanyikan Mazleela di pentas AJL 1996!
"Betullah Kak Mazleela akan nyanyi, itu cadangan untuk gantikan saya sebab saya form 5 ada peperiksaan kan.
"Tapi akhirnya, yang buat keputusan untuk pergi itu perbincangan antara Kak Rozi, ayah saya dan abang Ayie.
"Kebetulan ketika itu cuti Deepavali, saya ada break dan kebetulan tarikh itu cikgu cakap boleh. Haa, itu sebenarnya membuatkan saya berubah keputusan untuk pergi bertanding semula," kata Siti menerusi siaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.
Jom, layan balik lagu Jerat Percintaan yang pernah mencipta fenomena tahun 1996 dan kekal evergreen hingga sekarang!
Dalam pertemuan ini Kita terperangkap sudah Dalam jerat percintaan Yang tidak disangkakan
Aku telah jadi lupa Siapa diriku ini Engkau juga dihanyutkan Oleh arus percintaanmu
Tapi pabila aku sedar diri Siapakah aku ini Aku bertanya sendiri Apakah akan terjadi
Ohh apakah kita kan teruskan Di dalam arus percintaan Perlukah kita Untuk berkorban Demi pertahankan Kebahagiaan
Dalam persimpangan ini Ku masih terus menanti Dalam rasa keharuan Dimanakah akhirnya
Aku telah jadi lupa Siapa diriku ini Engkau juga dihanyutkan Oleh arus percintaanmu
Tapi pabila aku sedar diri Siapakah aku ini Aku bertanya sendiri Apakah akan terjadi
Ohh apakah kitakan teruskan Didalam arus percintaan Perlukah kita Untuk berkorban Demi pertahankan Kebahagiaan
Dalam persimpangan ini Ku masih terus menanti Dalam rasa keharuan Dimanakah akhirnya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.