Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mendedahkan lagu Mimpi nyanyian kumpulan rap K-Clique dan Alyph menjadi antara lagu yang akan didengarinya sebagai pembakar semangat.
Menurut Zii Jia, lagu rap tersebut sememangnya sentiasa berada di dalam senarai lagu-lagu yang akan didengarinya dalam usaha menyuntik semangat menjelang mana-mana kejohanan yang disertainya.
“Sebenarnya tak ada spesifik mana-mana lagu pun, Kalau nak cakap lagu yang saya dengar, saya dengar semua lagu.
“Cuma lagu dari K-Clique ini sentiasa ada dalam senarai (playlist) saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Malah, Zii Jia turut menyanyikan sedikit lagu tersebut kepada pihak media.
Sementara itu ketika ditanya mengenai perlawanan badminton melibatkan atlet Malaysia di Sukan Olimpik yang paling diingatinya, Zii Jia berkata dia paling mengingati perlawanan melibatkan Datuk Lee Chong Wei berdepan Lin Dan pada final Olimpik London 2012 lalu.
Katanya, ketika menyaksikan perlawanan itu, dia sememangnya menjangkakan Chong Wei akan menang, tapi tanpa disangka Lin Dan bangkit dan kemudiannya memenangi perlawanan berkenaan.
“Saya paling ingat perlawanan di London, masa Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan. Kita semua tengok di hostel tv room, masa tu Datuk Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan.
“Kita semua tahu, kita mungkin aspek kita boleh menang, dia (Chong Wei) leading, saya masih ingat lagi akhirnya kalah. Saya pun tak sangka boleh jadi macam tu,” katanya.
Untuk rekod, Chong tewas 21-15, 10-21 dan 19-21 pada aksi final berkenaan dan menyaksikan jaguh badminton itu sekadar meraih pingat perak pada Olimpik London 2012.
Sumber: Sinar Harian
Kredit foto: NST dan Instagram K-Clique
Azwa Rahman
Wed Jul 14 2021
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.