Laman Utama

Lahir Awal Dari Tarikh Secara Pembedahan, Anak Fitri Haris Dimasukkan Ke NICU - "Doktor Masih Pantau Memandangkan Degupan Jantungnya Masih Laju"

gempak
Zulaikha Yusof
29/06/2021
00:52 MYT
Sponsor Banner
Lahir Awal Dari Tarikh Secara Pembedahan, Anak Fitri Haris Dimasukkan Ke NICU - "Doktor Masih Pantau Memandangkan Degupan Jantungnya Masih Laju"
Penyanyi Dr Fitri Haris, 37, mendedahkan isterinya, Fazilah Omar terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak mereka disebabkan berdepan dengan masalah penyakit asma yang teruk.
Menurut Fitri, doktor mengesahkan anaknya menghadapi masalah pernafasan selepas dilahirkan awal dari tarikh yang sepatutnya dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
"Alhamdulillah... isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 9.07 pagi tadi secara pembedahan. Ikutkan due date dia sekitar 15 Julai depan.
"Tapi terpaksa bersalin awal sebab isteri saya ada masalah asma yang teruk dan dia sudah ditahan wad sejak tiga hari lalu. Sebelum itu, memang keadaan dia dah teruk... seperti nyawa-nyawa ikan dah.
"Itu yang doktor memang cadangkan untuk lakukan pembedahan awal. Buat masa sekarang isteri masih berehat tapi bayi kami pula alami masalah pernafasan.
"Tapi kata jururawat, itu perkara biasa untuk bayi yang dilahirkan secara pembedahan. Sekarang ini doktor masih pantau memandangkan degupan jantungnya masih laju," katanya.
Fazilah yang juga merupakan pengurus Fitri selamat melahirkan bayi lelaki pada 9.07 pagi, Isnin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Yang Terakhir mengakui berasa teruja menanti kelahiran anaknya selepas dikurniakan Sofea Soleha menerusi perkahwinan dahulu.
"Memang sangat teruja menantikan kelahirannya sebab rasa seperti nak menyambut anak pertama. Buat masa sekarang, kami belum ada nama untuk baby.
"Insya-Allah nanti dah ada, saya akan kongsikan bersama. Harap semua orang boleh mendoakan keadaan isteri dan bayi kami," katanya lagi.
Sebelum ini, Fitri menerusi Instagram (IG) miliknya memohon doa daripada semua pihak selepas berkongsi keadaan bayi lelakinya yang mengalami masalah pernafasan.
BACA: Syukur Isteri Selamat Bersalin, Fitri Haris Mohon Doa – “Baby Ada Masalah Pernafasan”
Juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua ini berkahwin dengan pengurusnya yang lebih mesra disapa El pada Disember tahun lalu.
Fitri pernah tiga kali menduda dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sofea Soleha, 16, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura.
Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam, 10.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live