Laman Utama
“Lahirlah Yusuf Zarin Nur” - Penantian 9 Bulan Berakhir, Ippo Hafiz Kini Bergelar Bapa
Penyanyi Ippo Hafiz kini bergelar bapa selepas isterinya, Fara Roslan selamat menimang cahaya mata lelaki hari ini.
Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz mengumumkan berita gembira itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.
Posting tersebut juga mendedahkan wajah comel anaknya yang diberi nama Yusuf Zarin Nur.
“Segala puji milik Allah, waktu asar tadi lahir lah “Yusuf Zarin Nur”. Sungguh kuat bidadari @fararoslanx yang bertarung nyawa tadi,
“Terima kasih yang mendoakan ya. Terima kasih tak terhingga, sangat teruja. Sungguh hargai penantian selama 9 bulan ini,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
“Tahniah Ippo dan isteri, comelnya Yusuf semoga menjadi anak soleh,” komen @nuraida1704
“Tahniah Ippo! Bermulalah saat yang baru. Kisah seorang abah baru!” tulis @amir.ishak
Terdahulu, Ippo dan Fara selamat melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2019.
Pasangan ini mula akrab selepas penggambaran video muzik lagu Ippo, Saat Bahagia. Selepas setahun berkenalan, majlis merisik diadakan pada 10 Mac 2019.
Must-Watch Video