Pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing mendedahkan yang dia menjadi mangsa penipian atau scam sehingga mengakibatkan hampir semua wang simpanannya lebur.

Menerusi perkongsian di media sosial, Pei Jing, 31, berkata, dia berharap agar diberi masa dan ruang untuk menghadam apa yang telah terjadi kepada dirinya.

Scam

“Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan saya yang melihat siaran ini, sama ada anda ingin tahu atau prihatin, sila berikan saya dan keluarga saya ruang peribadi untuk menangani emosi kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

“Tolong beri kami masa untuk memproses segala-galanya, terutamanya ibu saya. Terima kasih," katanya.

Menerusi perkongsian yang sama, Pei Jing mengakui telah ditipu hampir semua wang simpanannya oleh sindiket berkenaan.

​ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"

"Sejujurnya, ini merupakan tamparan yang amat berat kepada saya. Simpanan titik peluh saya hasil kerja keras selama berdekad-dekad.

“Ia memerlukan keberanian yang tinggi untuk bercakap tentang ditipu kerana siapa yang mahu memberitahu orang lain bahawa mereka ditipu dengan sedemikian cara bukan?

​ARTIKEL BERKAITAN: Minta Bank In RM150, Scammer Menyamar Amir Jahari Kantoi Busuk! - "Jangan Sampai Ada Yang Terkena"

"Apabila saya telah menyesuaikan diri dengan situasi itu, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya. Saya berharap dapat mengelakkan lebih ramai mangsa dan juga memaksa diri saya untuk menerima hakikat bahawa saya telah ditipu," tulis pemain itu.

Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.