Penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail Seet ada nasihat buat individu yang masih tegar untuk hisap rokok di kawasan larangan merokok.

Dalam satu video yang dimuat naik menerusi status Instagramnya, @damianmikhailmusic, dia berkongsi pandangannya terhadap isu larangan merokok yang hangat diperkatakan netizen ketika ini.

"Lain kali kalau nak hisap, aku ada idea bijaksana.

"Masih nak berasap sangat, korang duduk belakang ekzos kereta, lepas tu korang suruh kawan 'rev' kereta, korang mati sorang-sorang, peace!," katanya.

MAHU LARANGAN MINUM ARAK DIPREMIS MAKANAN ? RESPON BIJAK PANDAI PT2 #damianmikhail

A post shared by damianmikhail (@damianmikhailmusic) on


Nyata, teguran selebriti itu mengundang pelbagai komen netizen di media sosial termasuk menganggap ia sebagai bahan jenaka.

"Tak dapat rokok diorang jadi bodoh bro," kata netizen yang dikenali sebagai @whalemanalagi.

Netizen dikenali @rozie_kamarudin juga mengakui asap rokok memberi kesan kepada minda perokok menjadi tepu dan tidak boleh berfikir benda yang baik.

Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini menguatkuasa peraturan larangan merokok di semua premis makanan dan restoran bermula 1 Januari 2019.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak