Laman Utama
“Lain Kali Kalau Tak Clear, Boleh Tanya Depan-Depan” - Linda Hashim Pertahan Ahli Keluarga, Kecam Tindakan Ekin
Isu isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin Rahmat kesal dengan harga sebuah kedai makan turut menarik perhatian pelakon Linda Hashim yang memberi pandangan mengenai perkara itu.
Linda menerusi laman Instagram miliknya berpendapat Ekin sepatutnya bertanya terlebih dahulu dengan pemilik restoran itu apabila timbul rasa ragu-ragu dengan harga makanan yang dikenakan.
"Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa, tapi siap buat live tu… kesian peniaga sekarang, naik harga je kena kecam. Ingatkan artis saja selalu kena kecam.
“Lain kali kalau tak berapa clear dengan harga, boleh je tanya depan-depan. Bukan curi-curi ambil video orang okay. Tak baik, kesian mak cik tu," kata Linda.
Linda turut membalas salah satu komen dengan mengiyakan pemilik Restauran itu adalah mak saudaranya.
Sebelum ini kecoh di laman sosial apabila Ekin mendakwa harga makanan yang dikenakan sebuah kedai makanan laut yang dikunjunginya di Johor Bahru terlalu mahal iaitu berjumlah RM1,260.
Sementara itu, pemilik kedai tersebut tampil menjelaskan Ekin datang ke gerainya bersama hampir 20 orang ahli keluarga beserta kanak-kanak pada petang 30 September yang lalu.
Tambahnya, Ekin dan keluarganya telah membuat pesanan kurang lebih 11 jenis makan yang berbeza seperti siakap tiga rasa, udang butter, siput gonggong, sotong goreng tepung, ikan pari bakar dan beberapa lagi.
Malah, pemilik kedai itu mengatakan dia bersedia untuk bersemuka dengan Ekin dan Mawi bagi menjernihkan situasi yang sedang menjadi bualan hangat orang ramai ketika ini.
Must-Watch Video