Laman Utama

Laju Rakyat Tolong Rakyat, Rider Dapat Motor Baru Mengaku Salah & Betulkan Cerita Netizen

gempak
Maliah Surip
14/09/2023
00:10 MYT
Sponsor Banner
Laju Rakyat Tolong Rakyat, Rider Dapat Motor Baru Mengaku Salah & Betulkan Cerita Netizen
Slogan Rakyat Tolong Rakyat memang ‘terpakai’ di Malaysia dengan kadar segera.
Jika sebelum ini rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah, kali ini sifat tersebut berterusan apabila salah seorang influencer terkenal, Aisar Khaledd telah menyumbang motosikal buat seorang penunggang p-hailing yang tular kelmarin.
Aisar menerusi video yang dikongsikan di media sosial dilihat telah datang ke kediaman penunggang p-hailing yang dikenali sebagai Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar sebelum membawanya membeli motosikal baru.
Selain membelikan motosikal, Aisar juga menyumbang sejumlah wang tunai kepada Shahrul.
Terdahulu menerusi sepotong video, seorang penunggang p-hailing telah berjalan kaki selepas motosikalnya disita dalam sebuah sekatan jalan raya.
Motosikal Shahrul, 26, disita berikutan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.
Meski ada yang mengecam pihak berkuasa seperti ‘tiada simpati’, Shahrul menyatakan menerima hukuman yang diterima dengan hati terbuka sebagai sebuah pengajaran.
“Saya akui memang salah saya jadi terima saja hukuman malah anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran," katanya kepada Harian Metro.
Dia kemudian menceritakan kisah sebenar sekaligus memperbetulkan persepsi netizen tentang video dirinya berjalan sambil menggalas beg selepas motosikalnya disita di satu operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira jam 12 tengah hari.
“Saya ada baca juga komen netizen, ada yang kata saya jalan sejauh empat kilometer (km) tanpa arah.
"Itu semua tak benar kerana saya tak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian saya dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.
"Tapi mungkin ada yang buat penilaian berdasarkan gambar dan video tular," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live