Laman Utama
Lakukan Adegan Aksi, Han So Hee Alami Kecederaan Sehingga Pengsan Di Set Penggambaran
Aktres yang namanya melonjak naik menerusi drama bersiri The World of The Married, Han So Hee dilaporkan mengalami kecederaan sewaktu menjalani sebuah penggambaran drama baharu, semalam.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, So Hee sempat pengsan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
So Hee diketahui sedang menjalani penggambaran drama terbaharunya, Undercover. Dia mengalami kecederaan sewaktu melakonkan babak aksi.
Selepas berita aktres berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan tersebar, pihak agensinya, 9ato Entertainment mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dan keadaan terkini So Hee.
Menerusi laporan Soompi, pihak agensi mengesahkan So Hee telah mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran sebelum dikejarkan ke unit rawatan rapi untuk rawatan lanjut.
Namun mereka menegaskan, So Hee hanya mengalami kecederaan ringan dan sedang berehat.
"Dia mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dengan kemalangan sewaktu melakonkan babak aksi.
"Penggambaran kemudian dihentikan dan dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Hari ini, oleh kerana tiada penggambaran, dia akan berehat dan pulih. Jangan risau kerana situasi terkawal dan terima kasih atas semua perhatian," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi tersebut.
Kredit Foto: Koreanherald
Must-Watch Video