Kang Kyung Joon disaman oleh suami seorang wanita selepas mendakwa pelakon itu bukan sahaja menjalin hubungan dengan isterinya tetapi juga pernah melakukan seks bersama.

Lelaki tersebut memfailkan saman sebanyak RM177,33 (50 juta won) kepada Kyung Joon dengan antaranya menyebut pelakon itu telah membuat rumah tangganya dengan wanita yang dikenali sebagai Mrs. A berantakan.

Menerusi laporan media tempatan, bintang Thorn Flower dan program realiti The Return of Superman itu menjalinkan hubungan sulit dengan Mrs A kerana bekerja di satu bangunan yang sama.

Kyung Joon yang berkahwin dengan pelakon Jang Shin Joung pada 2018 itu juga didakwa Mrs A yang merupakan seorang pekerja pelaburan saham sudah bersuami namun tetap meneruskan hubungan mereka.

“Saya terkejut dengan dakwaan yang terjadi. Ini mesti salah faham kerana tidak menerima sebarang saman,” ujar Kyung Joon seperti dilaporkan Soompi.

Pihak agensi Kyung Joon, K-Star Global Entertainment kemudian mengeluarkan kenyataan terhadap laporan tersebut.

“Agensi mahu mengesahkan telah menerima saman yang dikeluarkan kepada aktor Kang Kyung Joon,” kata agensi.