Hiburan
Langgar Warga Emas & Tidak Tolong Mangsa, DJ Yesong Dipenjara 8 Tahun
DJ Yesong atau nama sebenarnya, Ahn Ye Song dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Agung di Korea Selatan selepas didapati bersalah melanggar sehingga mati seorang warga emas.
BERITA TRENDING: Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan
Insiden berlaku pada Februari lalu menyaksikan DJ berusia 23 tahun itu melanggar seorang penunggang motosikal berusia 50 tahun di Gangnam sehingga maut sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan, lapor AllKPop.BERITA TRENDING: ‘Sedap’ S*ks Oral, Mabuk Saat Memandu, Pemuda Langgar Lari Warga Emas
Yesong didapati memandu dalam keadaan mabuk. Wanita itu juga didapati cuba melarikan diri daripada lokasi kejadian dan tidak mahu menolong mangsa yang dilanggar.Dia malah tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga ditahan secara paksa selepas kejadian berlaku.
Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara kerana menyifatkan jenayah yang dilakukan DJ Yesong sebagai serius dan wanita itu cuba melarikan diri daripada tempat kejadian.
Selepas rayuan pertama, mahkamah meringankan hukuman kepada 10 tahun.
BERITA TRENDING: Suami Wanita Langgar Pelajar UiTM Dungun Mohon Maaf - "Saya Menangis, Sangat Sedih"
Namun hukumannya sekali lagi diringankan kepada lapan tahun selepas DJ Yesong membuat rayuan dan pertemuan bersama keluarga mangsa dan mengakui kesilapan yang dilakukan.BERITA TRENDING: "I Could Have Died Last Night" - Shaza Bae Kemalangan Selepas Pulang Dari Penggambaran
Must-Watch Video