Laman Utama

“Lantaklah, Tak Kisah…” – Selalu Bandingkan Diri Dengan Artis Kacak, Man Tak Peduli Dituduh ‘Feeling’!

gempak
Fiza Kamarudin
10/08/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
“Lantaklah, Tak Kisah…” – Selalu Bandingkan Diri Dengan Artis Kacak, Man Tak Peduli Dituduh ‘Feeling’!
Man Raja Lawak tidak kisah apabila dituduh suka berfantasi setiap kali dia memuat naik hantaran menyamakan dirinya dengan artis lelaki kacak.
"Bagi saya senang senang je, yang nak kata saya ‘feeling’ atau fantasi lebih bila saya muat naik hantaran samakan diri dengan Remy Ishak, Syamel, Ben Amir atau Datuk Rosyam Nor sekali pun saya tak kisah..
“Itu sebagai satu motivasi diri saya, macam doa yang baik untuk diri sendiri. Kalau saya sendiri yang tak angkat diri, siapa lagi?
"Saya cuba alih rasa negatif sebegitu dengan anggap mereka yang menafikan persamaan saya dengan Remy dan Syamel itu sebagai dengki.
“Apabila tengok cermin memang nampak seiras kot. Kadang kadang kelihatan macam Ben Amir pun ada. Tak ketinggalan macam Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin pun adalah sikit.
"Dalam hal ini juga saya tak suka layan kecaman atau anggap diri ini perasan. Kalau layan juga, saya merendahkan semangat diri.
"Apa saya dapat pun. Lebih baik 'feeling' kerana ia percuma. Yang tak suka itu boleh pergi main jauh-jauh," katanya optimis.
Tambah Man lagi, dia sedar ramai yang mempertikai penampilan terbaru dirinya selepas berat badannya kembali turun.
“Ada yang puji, ada yang mengeji. Yang kata saya potong usus pun ada. Sebab awal tahun tu nampak saya gemuk, tiba-tiba badan menyusut.
“Yang sebenarnya saya sengaja kembali menambahkan berat badan tahun ini kerana ingin membuktikan keberkesanan Bodycurv yang diminum sejak dua tahun lalu.
"Niat saya sebenarnya nak mendidik dalam konteks hal menurunkan berat badan ini. Tak perlu nak kurus sampai kena potong usus. Saya bukan menentang mereka yang nak memotong usus. Kalau ada duit atau ada tajaan, silakan.
"Cuma kadang saya sendiri rasa kecewa apabila ada yang buat pembedahan tapi alih alih keluarkan produk kuruskan badan. Macam 'trend' pula.
"Setahun juga saya menggemokkan diri dengan 'enjoy' makan tak ingat dunia. Apabila berjaya kurang berat badan ini, pelbagai penyakit seperti kencing manis juga boleh elak.
"Rimas juga ada kata produk seperti Bodycurv tak menjadi. Tapi saya berjaya buktikan sebaliknya," katanya.
Menurut Man lagi, produk berkenaan yang mempunyai dua perisa coklat (CocoCurv) dan kopi (CafeaCurv) diakui selamat digunakan.
"Sebelum ini saya berjaya menurunkan berat badan dengan produk berkenaan tanpa bersenam. Kali ini saya nak buktikan dengan minum produk berkenaan dan ditambah bersenam pun lagi pantas berat badan menurun.
"Pilihan nak kurus di tangan anda. Nak kurus tanpa senaman atau bersenam pun boleh dan diyakini dengan Bodycurv.
"Saya juga menggandakan usaha bersenam dengan berjalan kaki. Kalau rasa tak puas berjalan kaki secara laju dalam satu sekali sehari, saya buat pagi dan malam. Perut pun sudah tak boroi," katanya yang berjaya menurunkan berat badan daripada 94 ke 74 kilogram.
Instagram rasmi Bodycurv @bodycurv_hq.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live