Laman Utama

Lantik Adi Putra & Nora Danish Sebagai Duta, Starvilion Labur RM3 Juta

gempak
Shahrin Zulkifle
23/03/2023
12:00 MYT
Sponsor Banner
Lantik Adi Putra & Nora Danish Sebagai Duta, Starvilion Labur RM3 Juta

Ketua Pegawai Eksekutif Starvilion, Ajwad Khan Nasir Khan mendedahkan kos keseluruhan yang dilaburkan pihaknya bagi projek raya pada tahun ini mencecah RM3 juta.

Bagaimanapun, kata Ajwad, bayaran untuk dua duta jenama tersebut iaitu pelakon Datuk Adi Putra dan Nora Danish tidak pun mencecah harga jutaan ringgit.

Adi Putra & Nora Danish sebagai duta

“Mahal betul, kami mengeluarkan bajet sebanyak RM3 juta untuk bahagian marketing dan location bagi projek kali ini.

“Untuk mendedahkan harga bayar Adi dan Nora saya tidak boleh beritahu, risau saingan jenama lain akan tahu. Tidaklah hingga jutaan ringgit. Adi dan Nora mereka sangat baik, mereka nampak usaha kami sebagai usahawan Melayu,” katanya.

Ajwad berkata demikian pada majlis pelancaran koleksi pakaian raya Starvilion dan pengumuman Adi Putra dan Nora Danish sebagai duta rasmi jenama tersebut yang diadakan di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Starvilion another level

Dalam pada itu, Ajwad turut memuji dua figura tersebut selain berharap mereka mampu membawa nama Starvilion pada tahap yang tinggi.

“Waktu berjumpa Datuk Adi dia tidak bertanya banyak, dia tidak tanya berkenaan duit pun tetapi strategi yang digunakan. Bukan setakat jual baju, ada juga beberapa program amal yang akan dilakukan bersamanya.

“Kalau Nora Danish pula, dia saya letakkan sebagai ikon. Apabila kami gunakan wajah Nora dia menjadikan jenama kami lain daripada lain. Nora berjaya meletakkan brand kami pada tahap yang lain,” katanya.

Selain itu, Starvilion turut menyasarkan sebanyak 250,000 pakaian yang akan terjual pada tahun ini.

Starvilion Laskar Raya 2023

Demi merealisasikan tema 'Starvilion Laskar Raya 2023' dengan hashtag 'sama sama kita raya', ia sebuah gerakan berteras kasih sayang, empati dan nikmat berkongsi. Hanya satu tujuan yang diinginkan, iaitu memastikan semua orang dapat sambut hari raya tanpa mengira latar belakang dan taraf hidup.

Gerakan bersifat amal ini turut mendapat sokongan dari rakan pertubuhan amal iaitu Komuniti Belia Selangor (SAY), Yayasan Qyyum dan KLOTH Cares Malaysia. Demi merealisasikan gerakan ini, ada lima manifesto yang Starvilion zahirkan.

Program amal bersama Starvilion

Starvilion mengamalkan konsep membeli sambil menderma dimana setiap pembelian baju raya koleksi tahun ini, sebagiannya akan dikongsi bersama komuniti.

Selain itu Starvilion turut melancarkan Kotak Kitar Semula 'Sama Sama Kita Raya' yang mana satu gerakan kitar semula mensasarkan pelanggan untuk memberi pelbagai persiapan raya seperti pakaian hari raya (baju melayu, baju kurung, jubah dil) dan apa-apa barangan berkaitan hari raya (tudung, kasut, songkok, beg, langsir, alas meja dan lain-lain).

Lokasi kotak berada di setiap cawangan Starvilion di Shah Alam, Bangi, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kangar dan Pulau Pinang.

Malah, turut dianjurkn Program Infak yang mana Starvilion menyediakan 10,000 pasang baju raya baharu dari koleksi mereka untuk diedarkan kepada komuniti melalui duta jenama, rakan niaga dan rakan pertubuhan amal.

Paling menarik, Starvilion menawarkan program Bawa Balik Baju Raya Hari Ini, Bayar Kemudian! Mengambil peluang konsep Buy Now, Pay Later (BNPL) yang telah diperkenalkan di Malaysia, platform ini membantu rakyat untuk membeli barang keperluan dan kehendak tanpa sebarang yuran atau faedah bulanan.

Dengan program ansuran empat kali bayar yang Starvilion sediakan buat pelanggan melalui GrabPay, mampu kurangkan beban buat mereka yang mempunyai tanggungan yang besar membuat persedian raya buat keluarga tersayang.

Baju Teluk Belanga Putra

Koleksi Starvilion Laskar Pelangi 2023 hadir dengan tiga rekaan Baju Melayu iaitu potongan slim-fit, relaxed-fit, dan teluk belanga khas yang menggunakan nama Adi Putra dengan lebih 80 pilihan warna menarik.
Kepada yang ingin mendapatkan koleksi yang cantik dan menawan daripada Starvilion, anda boleh mendapatkan di outlet seluruh Malaysia atau secara online di website www.thestarvilion.com serta platform media sosial, TikTok bermula 20 Mac 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live