Gaya Hidup
Larangan Bawah 1 Tahun, WHO Dedah Garis Panduan Bermain Gajet Kanak-Kanak
Beberapa minggu lalu, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha telah mendedahkan keadah digunakan dalam mendidik anak sulungnya Yusuf Iskandar.
Hanis berpendapat kanak-kanak tidak seharusnya didedahkan pada penggunaan gajet dan Yusof kini hanya dibenarkan menonton televisyen sahaja.
BACA: "Gajet? Kami Hanya Benarkan Yusuf Iskandar Tonton TV Je" - Hanis Zalikha Dedah Cara Didik Anak
Biarpun ramai bersetuju dengan pendapat Hanis, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan caranya yang seakan mengawal perkembangan otak kanak-kanak.
Terbaru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengeluarkan satu garis panduan berhubung penggunaan gajet kepada kanak-kanak yang memungkinkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan fizikal serta mental mereka.
Garis panduan ini mungkin boleh jadi rujukan terbaik buat semua ibu bapa di luar sana.
Menurut WHO ibu bapa dinasihatkan supaya mengawal dengan lebih serius sekiranya anak mereka masih di bawah umur lima tahun. Ini penting dalam menjaga perkembangan fizikal serta mental mereka.
Bagaimanapun, paling penting dalam garis panduan itu adalah larangan bagi kanak-kanak berusia di bawah satu tahun.
Penggunaan peranti adalah dilarang sama sekali kerana alam usia itu adalah perkembangan yang kritikal, malah retina mata mereka masih lemah untuk menerima pencahayaan skrin terlalu terang.
Sementara itu, masa penggunaan skrin perlu dihadkan di bawah satu jam saja bagi kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun.
Waktu tidur di antara 11-13 jam sehari turut disarankan supaya perkembangan minda mereka lebih baik tanpa gangguan gajet.
Bagi ibu bapa semua, fahamilah garis panduan ini dan segera bertindak sebelum terlambat.
Must-Watch Video