Kementerian Kesihatan diminta mempertimbangkan agar pelaksanaan larangan merokok diperluaskan di pejabat dan kawasan tertutup di tempat kerja khususnya tandas.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata perkara ini bagaimanapun perlu dibincang secara teliti antara pihak kementerian dan majikan sebelum dilaksanakan.
Beliau berkata tindakan sesetengah perokok yang merokok di dalam tandas boleh memudaratkan selain menjejaskan kesihatan orang lain.
"Saya sendiri pernah mengalami kepulan merokok di dalam tandas. Kita tahu perokok mahu merokok di tempat kerja dan mereka berbuat demikian di dalam tandas.
"Jadi, saya harap majikan dan kementerian dapat berbincang untuk menyediakan satu ruang merokok khas kepada pekerja yang ingin melepaskan gian merokok," katanya kepada pemberita selepas melepaskan para peserta larian, My Jantungku Run 2019 di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini pada Ahad.
Sementara itu, Lee juga meminta para majikan untuk mengadakan program senaman sekurang-kurangnya 10 minit di pejabat bagi mengalakkan para pekerja mencapai aspek kesihatan yang berkualiti.
Katanya, dianggarkan terdapat 40,000 kes baharu penyakit jantung di Malaysia pada setiap tahun sekali gus menjadikan pembunuh nombor satu negara.
"Kita perlu contohi budaya negara Jepun iaitu bersenam secara ringan sebelum memulakan tugas.
"Kesihatan merupakan aset penting kepada individu dan negara, selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu ekonomi serta meningkatkan produktiviti kerja.
Lee berkata para majikan dan pekerja digalakkan untuk bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga kesihatan jantung dan mengamalkan cara hidup sihat serta ceria.
Kira-kira 2,000 peserta menyertai Larian MyJantungku sejauh lima kilometer, anjuran Pertubuhan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA). Turut hadir Presiden MOSHPA Datuk Dr Kanagaraja Raman.
Sumber : Astro Awani/BERNAMA
Foto : Google
Asraf Aided
Sun Jan 13 2019
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan