Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

Mya Amri
05/07/2024 04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah tersendiri apabila berjaya ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang akan berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.

Rasa syukur berjaya bawa nama Malaysia

Umai dan ibunya, Siti Saerah ketika dihubungi Gempak memanjatkan rasa syukur dan bangga kerana berjaya membawa nama Malaysia hingga ke negara luar.

“Alhamdulillah saya berasa bangga kerana usaha dia selama ini, bakat dia sejak daripada kecil lagi yang Mak Iti (Datuk Siti) nampak dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan.

“Alhamdulillah berjaya sampai hingga ke peringkat akhir, semoga anda semua mendoakan kejayaan Umai untuk pulang sebagai juara,” katanya.

Pesan Datuk Siti pada Umai

Mengulas lanjut mengenai pertandingan tersebut, Umai memaklumkan ada meminta nasihat daripada Siti.

Tidak hanya nasihat, kata Umai, Siti juga turut menitipkan beberapa pesanan berguna buat dirinya.

“Saya ada juga minta nasihat mak Iti, dia pesan supaya saya jangan malu, berikan sehabis baik, yakin dengan diri sendiri dan banggakan nama Malaysia serta keluarga,” katanya.

Reaksi Datuk Siti bila tahu Umai ke final

Ketika ditanya mengenai reaksi Siti sebaik sahaja mengetahui berita baik itu, Saerah berkata kakaknya meluahkan rasa bangga.

“Mak Iti dah tahu, kami beritahu dalam group keluarga dan dia kata good job, buat yang terbaik dan tunjukkan pada semua yang Umai ada bakat tersendiri.

“Saya pasti Mak Iti juga akan sentiasa memberikan sokongan dan berada di belakang Umai. Doakan Umai ya,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Umai Mendonia! Bawa Nama Malaysia Ke WCOPA 2024 Di US Dengan Lagu Cindai, Netizen Terpegun - “Merdunya Suara, Flying High Macam Makcik Awak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Orang Puji Jangan Meninggi Diri, Selalu Rasa Ada Kekurangan” - Siti Titip Nasihat, Doakan Yang Terbaik Buat Umai


ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Umai Menangis Belajar Vokal, Siti Sairah Nafi Paksa Anak Jadi Penyanyi - “Saya Hanya Beri Yang Terbaik Untuk Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: "Sebelum Aunty Mitch Pencen, Kita Duet", Misha Omar Puji Vokal Padu Umairah Nyanyikan Tanpa Rela


Terdahulu, kejohanan ini berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, dari 28 Jun hingga 6 Julai.

Untuk info: Penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan ini adalah peluang emas bagi karyawan tanah air untuk menonjolkan bakat kepada penggiat seni Hollywood dan menyerlahkan diri di arena antarabangsa.

#Hollywood #Datuk Siti #Datuk Seri siti Nurhaliza #CTDK #Final #Umairah #Umai #WCOPA 2024 #Grand Final
;