Para peminat ERA boleh menstrim siaran langsung malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 secara digital dengan selamat di rumah masing-masing, menerusi peranti mudah alih, pada 27 Januari 2021, jam 9 malam, menerusi Facebook Live, YouTube dan Instagram ERA.

EDMA 2020 bakal memberi pengiktirafan kepada penyanyi dan selebriti tempatan yang telah menghiburkan peminat-peminat ERA sepanjang tahun 2020, menerusi 6 buah kategori termasuk Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Lagu Viral Onz, Fan Club Paling Ngam, dan dua kategori baharu, Artis Norma Baharu dan Influencer PKP ERA.

Selain itu, peminat ERA juga boleh terus berhibur dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terhebat tanah air seperti Shiha Zikir, Neeta Manishaa, Harith Zazman, Loca B, Tuju, Yonny Boi, Asyraf Nasir dan Azzam Sham.

Undian EDMA 2020 telah dibuka kepada para peminat bermula 28 Disember hingga 18 Januari lalu dan peminat diberi seratus peratus kuasa untuk memilih pemenang pada setiap kategori yang dipertandingkan.

Dapatkan maklumat terkini berkaitan #EDMA2020 di Facebook, Instagram dan laman rasmi ERA.

Berikut merupakan senarai kategori calon-calon EDMA 2020:

Artis Baru Baek
Asyraf Nasir
Azzam Sham
Harith Zazman
Dolla
Yonnyboii

Lagu Viral Onz
Peluang Kedua: Nabila Razali feat MK K-Clique
Cute: Harith Zazman feat Loca B, MFMF
Teman: Iman Troye
Pulang: Gnello, MK K-Clique feat AJ
Empat Dara 2020: Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana

Lagu Featuring Hit
Cute: Harith Zazman feat Loca B, MFMF
Jaga Jaga: Azarra Band feat Beby Acha
Pulang: Gnello, MK K-Clique feat AJ
Sembah: Naim Daniel feat Man Keedal
Zuhud: Kmy Kmo & Luca Sickta Feat Datuk M.Nasir

Influencer PKP ERA
Soloz
Azfar Heri
Sir Fathi
Sofyank
Durian Kimchi

Artis Norma Baharu
Naim Daniel
Syamel
Alif Satar
Asyraf Nasir
MK K-Clique

Fan Club Paling Ngam
Azzam Sham Troopers (Azzam Sham)
Usop Mania (Usop)
Fl88wers (Floor 88)
Naimians (Naim Daniel)
Idolla (Dolla)