Para pelanggan Astro boleh menantikan siaran langsung ‘Circle Chart Music Awards 2022’ dan ‘EE BAFTA Film Awards 2023’, pada 18 dan 20 Februari, di Astro menerusi siaran TV dan Astro GO.

Pelanggan juga boleh strim kedua-dua anugerah ini pada bila-bila masa di On Demand.

Circle Chart Music Awards 2022 pada 18 Februari

Peminat K-pop boleh berhibur dengan siaran langsung ‘Circle Chart Music Awards 2022’, pada 18 Februari, jam 5 petang menerusi PRIMEtime (Saluran 704) and Astro GO.

Peminat juga boleh menyaksikan siaran ulangan pada 20 Februari, jam 8 malam di TV menerusi PRIMEtime (Saluran 704) dan On Demand.

Dihoskan oleh K-idola popular Doyoung (NCT) dan Miyeon ((G)I-DLE), peminat boleh menjangkakan persembahan-persembahan menarik daripada barisan artis terhebat seperti aespa, Kep1er, NMIXX, STAYC, YENA, Miyeon ((G)IDLE), BE'O, ENHYPEN, Doyoung (NCT), Bu Seok Sun (SEVENTEEN), TXT, TOMORROW x TOGETHER dan ramai lagi.

Peminat boleh berhibur dan membuat ramalan pemenang untuk pelbagai kategori yang dipertandingkan termasuk ‘World KPOP Rookie’, ‘Hit Performance of the Year’, ‘Artist of the Year (Digital Music and Physical Album)’, ‘Song of the Year’, ‘Performer of the Year (Musical Instrument Performance and Chorus)’, ‘Hot Performance of the Year’, ‘Rookie of the Year (Digital Music and Physical Album)’, ‘Record Production of the Year’, ‘Global Rookie of the Year’ dan banyak lagi.

EE BAFTA Film Awards 2023 pada 20 Februari

Sebagai tambahan, pada 20 Februari, peminat filem boleh menyaksikan EE BAFTA Film Awards 2023, dipancarkan dari Southbank Centre’s Royal Festival Hall, London, bersama empat anugerah akhir yang akan disampaikan secara langsung.

Acara karpet merah akan disiarkan pada 1.45 pagi dan majlis anugerah pada 3 pagi di SHOWCASE MOVIES (Saluran 413) dan Astro GO.

Peminat juga boleh menonton siaran ulangan pada hari yang sama, jam 10 pagi dan 8 malam untuk acara karpet merah, serta pada jam 11 pagi dan 9 malam untuk majlis anugerah.

EE BAFTA Film Awards 2023, antara anugerah filem terbesar, akan dihoskan oleh Richard E. Grant, pelakon dan bekas calon anugerah Oscars dan BAFTAs, dan Alison Hammond, pengacara televisyen yang dikenali dengan siri popular Big Brother. Kedua-dua hos akan menyampaikan lebih 20 pemenang anugerah filem.

Peminat juga boleh menyaksikan keputusan pemenang untuk kategori-kategori: ‘Best Film’, ‘Outstanding British Film’, ‘Animated Film’, ‘Original Screenplay’, ‘Director’, ‘Leading Actor’, ‘Leading Actress’, ‘Cinematography’ categories, dan banyak lagi.

Sokongan untuk Michelle Yeoh

Rakyat Malaysia juga boleh memberi sokongan kepada pelakon tersohor Malaysia, Tan Sri Datuk Michelle Yeoh yang dicalonkan dalam kategori ‘Leading Actress’ menerusi filem ‘Everything Everywhere All At Once’.

Pelanggan boleh turut menikmati musim anugerah ini dengan pelbagai filem-filem terhebat yang dicalonkan dalam ‘EE BAFTA Film Awards 2023’ termasuk:

Top Gun: Maverick (4 pencalonan), Everything Everywhere All At Once (10 pencalonan), Elvis (9 pencalonan), The Batman (4 pencalonan) di On Demand dan Astro GO.

All Quiet On The Western Front (14 pencalonan), The Swimmers (1 pencalonan), The Wonder (1 pencalonan), Blonde (1 pencalonan), The Good Nurse (1 pencalonan), Pinocchio (3 pencalonan), Matilda (2 pencalonan) tersedia di Netflix menerusi Ultra Box.

The Banshees of Inisherin (10 pencalonan), Fire of Love (1 pencalonan), Turning Red (1 pencalonan), Black Panther: Wakanda Forever (1 pencalonan), Avatar: The Way Of Water (2 pencalonan) di Disney+ Hotstar menerusi Ultra Box.

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my