Hiburan

Lebih 23 Tahun Bergelar Penyanyi, Liza Hanim Masih Perlukan Latihan Vokal

gempak
Azwa Rahman
09/10/2019
08:29 MYT
Sponsor Banner
Lebih 23 Tahun Bergelar Penyanyi, Liza Hanim Masih Perlukan Latihan Vokal
Penyanyi Liza Hanim menegaskan dia masih perlu berlatih vokal meskipun telah bergelar penyanyi semenjak tahun 1996.
Menurut Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 40, latihan vokal sangat perlu untuk seseorang penyanyi.
“Sebagai penyanyi, kita sering menggunakan otot-otot vokal. Latihan vokal perlu untuk memastikan seseorang penyanyi itu sentiasa 'perform'.
“Macam mana bagus pun seseorang penyanyi tu, dia kena ada latihan vokal. Kadangkala kita selesa dengan apa yang kita buat.
"Tapi apa salahnya kalau kita cari ilmu baru yang sebelum ni kita tak tahu untuk memudahkan lagi nyanyian kita,” ujar Liza kepada Gempak.
Liza ditemui ketika majlis sidang media NSO Plays Epic Screen Themes in Concert yang bertempat di Istana Budaya pada Selasa.
Selain latihan vokal, Liza turut mengamalkan aktiviti sihat seperti senaman untuk menjaga stamina.
Liza bakal tampil bersama Black Hanifah dan Sean Ghazi untuk mempersembahkan tiga buah lagu di bawah pimpinan konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan, Datuk Mustafa Fuser Nawi.
NSO Plays Epic Screen Themes in Concert pada 1 dan 2 November ini di Istana Budaya pada jam 8.30 malam.
Anda boleh mendapatkan tiket konsert ini bermula 12 September di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live