,
Laman Utama

“Lebih Baik Tikam Saja Saya Daripada Fitnah Sebegini” - Jasmin Hamid

Izwan Isa
04/06/2022
01:10 MYT
Pelakon Jasmin Hamid meminta netizen untuk tidak terus menabur fitnah terhadap suaminya, Nazmir Abd Rahim yang diejek-ejek sebagai punca dirinya diserang sakit jantung dan dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad CCU Selasa lalu.
Jasmin berkata, dia tidak pernah untuk mempedulikan komen-komen ‘jahat’ netizen sebelum ini. Namun, apa yang dilihat di media sosial dirasakan sebagai tidak patut dan dia sebagai isteri perlu tampil untuk membela suaminya.
“Hentikanlah fitnah terhadap saya dan suami, lebih baik anda tikam saja saya daripada fitnah sebegini.
“Selama ini saya tidak pernah peduli dengan komen-komen seperti itu. Namun, saya perlu bersuara kerana kasihan akan suami saya,” katanya menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikToknya baru-baru ini.
Sementara itu, Nazmir menerusi kemas kini Facebook milik Jasmin mengakui menikahi isterinya demi Allah meminta agar orang ramai menghormati isterinya yang masih sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Dalam masa yang sama, Nazmir turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isterinya itu.
“Pada yang tak putus panjatkan doa kepada Jasmin, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan kembalikan doa-doa baik untuk kalian.
“Kepada yang berkata guna emosi saya serahkan kepada Allah,” katanya.
Terdahulu, Nazmir menerusi Instagram Jasmin memberitahu yang isterinya dimasukkan ke CCU akibat serangan jantung.
Untuk rekod, selain Jasmin, adik lelaki Jasmin dan juga arwah ibunya juga mempunyai masalah jantung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Hiburan

Berkongsi Nasihat Ustazah Oki, Jasmin Hamid Diserang Netizen - “Tidak Perlu Sibuk Hal Rumah Tangga Orang…”

gempak
11/10/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan, Ustazah Oki berkongsi mengenai isteri seharusnya menghormati suami meskipun mempunyai gaji yang besar.
Hiburan

Rajinikanth Dimasukkan Ke Hospital Akibat Sakit Perut Mengejut!

gempak
01/10/2024
22:56 MYT
Bintang filem Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut, semalam.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Unitar