Tidak dinafikan Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore antara filem yang paling dinanti-nantikan.

Masih mengekalkan Eddie Redmayne sebagai watak utama Newt Scamander, francais ketiga ini bakal menjanjikan pelbagai kejutan.

Ada yang mendakwa ia lebih intense, namun tidak kurang juga menganggap jalan cerita Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore lebih menarik.

Apapun, ini antara fakta menarik Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore anda perlu tahu!

#1 Lebih Banyak Magis!

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore sekali lagi diarahkan oleh David Yates manakala lakon layar pula ditulis oleh JK Rowling dan Steve Kloves.

Menurut pengarahnya, The Secrets of Dumbledore akan membawakan lebih banyak keajaiban dan magis berbanding 2 filem sebelum ini.

"Apabila kami memasuki francais ketiga ini, kami mahu mengembalikan lebih banyak magik, imaginasi dan keseronokan," katanya.


#2 Newt Scamander Akan Bekerjasama Lebih Ramai Orang!

Watak utama dalam siri filem Fantastic Beasts iaitu Newt Scamander masih dibawa oleh Eddie Redmayne.

Namun, menerusi Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore, Newt Scamander bakal menempuh pengembaraan baru, selain bakal ‘tag team’ dengan ramai watak yang lebih hebat.


#3 Ramai Muka Baru!

Sebagai filem sekuel terbaharu, sudah pasti filem ini akan menampilkan ramai pelakon atau watak-watak baharu.

Contohnya, ada abang kepada Newt, Theseus Scamander (Callum Turner).

Selain itu terdapat juga guru di Ilvermorny School of Witchcraft and Wizardry yang mempunyai kebolehan magis menakjubkan serta watak bernama Yusuf Kama (William Nadylam).


#4 Newt Masih Diiringi Pickett

Pickett atau Bowtruckle merupakan makhluk aneh yang kelihatan seperti ranting hijau, dengan anggota badan menyerupai akar pokok yang sangat kecil dan nipis.

Dalam filem ketiga dalam siri Fantastic Beasts, Pickett atau Bowtruckle akan kembali menemani Newt dalam tugas dan misinya. Nantikan aksi lucu Pickett!


#5 Berlatarkan Pada 1930-an (Semasa Perang Dunia II)

Mengimbas kembali dua filem sebelum ini, Fantastic Beasts satu dan kedua berlatarkan 1926 dan 1927.

Untuk Fantastic Beasts ketiga, ia akan berlangsung pada tahun selepas itu.

The Secrets of Dumbledore akan ditetapkan pada tahun 1930-an, dan sepanjang penyiapan filem itu mungkin akan berakhir pada tahun 1937.


Apapun, strim Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore di On Demand mulai 30 Mei menerusi Ultra Box, aplikasi Astro GO & HBO GO.

*Percuma untuk pelanggan Movies. Dapatkan Pek Movies hanya dari RM94.99/bulan dengan langganan 30 hari secara PERCUMA!

Maklumat lanjut: https://product.astro.com.my/tv