Pelakon dan pengarah Janna Nick sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi foto seakan menampakkan bentuk tubuhnya.

Perkongsian foto yang menjadi buah mulut itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

"Progress not perfection," tulis Janna ringkas sebagai kapsyen entri tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Janna memuji kecantikan dan bentuk tubuhnya itu termasuk beberapa rakan selebriti.

"Time kentut pun cantik," seloroh pelawak Zizan Razak.

"Tumpang letak cawan boleh," tulis pelakon Yasmin Hani.

Namun begitu, ada juga komen beberapa netizen yang kurang senang dengan foto yang dikongsi itu.

"Janna Nick tak sama macam dulu.

"Belanja ke tu.

"Aku lebih suka time Janna baru nak up dulu, pakaian time tu okay lagi la, sekarang seksi sangat dah," tulis netizen.






Bagaimanapun, Janna bertindak untuk tidak membalas komen-komen warganet itu.

Sebelum ini Janna juga sempat 'panas' apabila dirinya didakwa seperti sengaja mempamerkan 'lurah buah dada dalam salah satu foto yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan mendapat lebih 100,000 tanda suka serta melebihi 2,000 komen.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)