Laman Utama
Lebih Tenang, Remy Ishak Seronok Jalani Kehidupan Sekarang - “Peminat Saya Juga Sudah Dewasa, Jadi…”
Hampir 20 tahun dalam industri seni, pelakon Remy Ishak mengakui dia kini lebih tenang untuk keluar rumah dan menjalani kehidupan biasa seperti orang lain.
Kata Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, situasi itu berbeza dengan sebelum ini yang mana dia perlu mengehadkan pergerakan kerana bimbang diserbu peminat.
“Jujurnya, saya lagi selesa dan okay sekarang ini sebab kehidupan tidak sesak seperti dulu. Dan sekarang pun orang ramai lebih fokus kepada kerja dan dengan adanya muka-muka baharu, ia membuatkan saya lebih bernafas.
“Kalau saya nak bergerak ke mana-mana pun mudah. Peminat-peminat saya juga sudah dewasa, jadi tak main terjah seperti dulu.
“Malah sekarang ini pun saya lebih kerap keluar seperti menjayakan acara misalnya, marathon. Sebab saya berasakan ‘crowd’ tidak akan lagi kerumun saya seperti dulu,” katanya kepada Gempak.
Remy ditanya oleh pihak media sama ada merindui zaman popularitinya meningkat naik, terutamanya selepas menjayakan drama Nur Kasih.
“Peminat saya masih ada, tapi tidak macam dulu. Mungkin juga disebabkan usia dan pengalaman saya, yang sudah tahu bagaimana nak mengendalikan situasi,” katanya.
Remy ditemui ketika menjayakan sesi temu bual bersama barisan pelakon Harum Malam di Alexis Great Astern Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Remy, sesi itu juga disertai oleh pengarah filem Dain Siad dan barisan pelakon seperti Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Amanda Ang, Idan Aedan serta dua bintang baharu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video