Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menaja 20 buah komputer riba menerusi program ‘Asal Cek Mau Pi Sekolah’.

Program yang diusahakan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim ini mendapat perhatian Chong Wei yang tampil menghulurkan bantuan bagi kegunaan pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam talian.

A post shared by Steven Sim (@scheekeong)

Menerusi laman sosial Facebook, Steven berkongsi hasrat Chong Wei menaja keperluan tersebut untuk tatapan umum.

"Beliau menyatakan hasrat untuk taja 20 buah laptop lagi untuk program 'Asal Cek Mau Pi Sekolah.

"Chong Wei, jasamu kepada anak-anak kita terlalu besar. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih dan saya doakan Tuhan merahmati Chong Wei sebagaimana Chong Wei telah bermurah hati dengan anak-anak kita.

"Saya berjanji, semua peranti ini akan diedarkan kepada keluarga yang layak secepat mungkin sebaik sahaja bekalan sampai kepada kami," kata Sim di ruangan Facebook.

Sebelum ini Sim memaklumkan Chong Wei telah membuat tempahan sebanyak 50 tablet melibatkan kos tidak lebih RM30,000 dan pelajar dijangka akan menerimanya selepas perayaan Tahun Baru Cina.