Hiburan
Lee Joon Gi Hadiahkan 'Rasa Sayang' Untuk Peminat Malaysia, Energetik Nyanyi 23 Lagu!
Peminat setia Lee Joon Gi dapat tidur lena usai konsert Lee Joon Gi Asia Tour 2024 in Kuala Lumpur di Mega Star Arena pada Ahad.
Bukan hanya dapat menatap wajah kacak kesayangan ramai itu secara live, peminat dihiburkan dengan aksi lincah dan energetik Joon Gi selama konsert lebih 2 jam itu.
Joon Gi yang turut popular menerusi drama Moon Lover: Scarlet Heart Ryeo mempersembahkan 23 buah lagu antaranya ‘Thank You’, ‘NOW’, ‘Can’t be slow’, ‘Bring da Beat', ‘That That’, ‘Uptown Funk’ dan ‘Together’.
Istimewanya kali ini, Joon Gi membawa pemuzik dan penari sendiri dari Korea Selatan.
BERITA TRENDING: Ernie Zakri Kongsi Satu Pentas LANY, Netizen Terkejut - “Kalau Leka Sikit,Tahu-Tahu Duet Ariana Grande”
BERITA TRENDING: “Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia
Selain mempersembahkan tarian yang hebat dan bertenaga di atas pentas, Lee Joon Gi juga memberikan kejutan kepada peminatnya dengan menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’ sambil berinteraksi bersama mereka.
"Saya sangat gembira dapat menikmati masa ini dan saya sangat beruntung dapat memulakan persembahan saya dengan peminat di Malaysia.
"Terima kasih kepada semua peminat saya di Malaysia dan juga peminat dari luar negara yang datang ke pertunjukan saya," katanya.
BERITA TRENDING: Fizz Fairuz Jernihkan Persoalan Tentang Jantina Anak Kelima! - "Kami Telah Dikurniakan..."
BERITA TRENDING: "Saya Trauma! Selepas Kejadian Itu Saya Takut ..." - Shaza Bae
Lee Joon Gi Asia Tour 2024 in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment sebagai penganjur utamanya.
Must-Watch Video