Laman Utama

“Lega Semua Orang Dah Vaksin” - Elfira Loy Tak Risau Hamil Sewaktu Pandemik

gempak
Azwa Rahman
05/11/2021
09:56 MYT
Sponsor Banner
“Lega Semua Orang Dah Vaksin” - Elfira Loy Tak Risau Hamil Sewaktu Pandemik
Pelakon Elfira Loy tidak berasa risau untuk menjalani tempoh kehamilan anak kedua dalam musim pandemik memandangkan ramai rakyat Malaysia sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.
Menurut Elfira atau nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, dia hanya mahu berfikiran positif sepanjang proses kehamilan dan memohon agar semua dapat mendoakan yang terbaik untuknya.
“Sebenarnya saya dan suami dah rancang (kehamilan) awal lagi tapi tiba-tiba pandemik, sekarang alhamdulillah ada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.
“El tahu El pregnant tu lepas semua orang dah vaksin jadi rasa lega la sebenarnya. Mula-mula tu terfikir jugak ada orang cakap bahaya pregnant waktu pandemik dan sebagainya tapi kehamilan ni bukan semua orang senang nak dapat jadi bila dah ada ni, kita positif dan fikir yang baik-baik sahaja.
“Insyallah semoga sihat sahaja, happy mommy happy baby,” kata Elfira kepada Gempak.
Elfira ditemui pada majlis pelancaran butik perdana jenama dUck di Bangsar Village, Kuala Lumpur, pada minggu lalu.
Tambah Elfira lagi, ikutkan hatinya dia mahu menimang seorang cahaya mata perempuan tetapi tidak terlalu mengharap asalkan anak yang dikandungnya sihat.
“Masa awal haritu memang excited nak tahu pasal jantina tapi sebabkan ini anak kedua, tak kisah dah. Tapi kalau ikutkan hati nak anak perempuanlah bagi sepasang kan tapi memang tak kisah mana-mana, asalkan sihat.
“Setakat ni El takde alahan apa-apa lagi jadi alhamdulillah tak rasa letih pregnant tu, rasa biasa je. So far belum lagi muntah-muntah, morning sickness,” ujar Elfira lagi.
Imbas kembali, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live