LEKAS Ditutup Sabtu & Ahad Ini
lasa.
Beliau juga berkata, acara itu telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk menjadi penaja venue serta Bahagian Trafik Bukit Aman bagi pelan pengurusan lalu lintas berhubung jumlah penutupan jalan.
"Selain itu, LEKAS mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk menganjurkan acara ini. Penutupan jalan bagi acara ini dijangka membabitkan kira-kira 60,000 pengguna lebuh raya.
"Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PDRM atas kerjasama dan sokongan mereka dengan menyediakan anggota dari Kajang, Mantin, Nilai serta Seremban bagi membantu penutupan jalan ini," katanya.
LEKAS turut memohon maaf kepada pengguna jalan raya atas sebarang kesulitan yang dihadapi. - Bernama