Selepas rakan karib Miyyo Rizone, Bella Barbie mendedahkan kisah sebenar suntingan wajah lelaki anime menggunakan aplikasi telefon pintar, lelaki itu tampil memberikan kenyataan balas.

Miyyo atau nama sebenarnya Amirul Rizwan Musa berkata dia berasa tertekan dengan situasi sekarang sehingga tidak boleh memberikan sebarang penjelasan lanjut.

"Saya tidak mahu membesarkan perkara ini kerana sudah terlalu banyak penghinaan yang diterima sejak gambar wajah saya menjadi tular kira-kira sebulan lalu.

"Macam-macam orang dah kutuk saya termasuk kata saya menipu. Kalau saya ni penipu tak perlulah saya jelaskan apa-apa di sini. Haters (pembenci) tetap kata mereka betul.

"Saya tak minta untuk ditularkan dan tak minta perhatian orang ramai. Bila kamu sudah publisitikan saya, sekarang nak cakap saya menipu.

"Bagi saya masa dan ruang untuk tenangkan hati. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan," katanya kepada Harian Metro.

Miyyo sebelum ini mendedahkan dia berhabis RM200,000 untuk membedah wajah demi menyerupai watak Squall Leonheart.

Baca: Jejaka Kelantan Berhabis RM200,000 Bedah Wajah. Ini Hasilnya...

Malangnya, seorang wanita bernama Bella Barbie tampil membongkar kisah penipuan Miyyo yang menyunting wajah menggunakan aplikasi Camera 360 dan Beauty Plus.

Baca: Miyyo Rizone Penipu, Sunting Wajah Guna Camera 360 - Bella Barbie

Malah, Bella menafikan jumlah RM200,000 yang dibelanjakan Miyyo Untuk membedah wajahnya sebaliknya prosedur itu dilakukan di Thailand dengan kos kurang RM5,000.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Harian Metro