Lelaki yang melecur 96 peratus badannya selepas membakar diri dalam kereta di Jalan Kampung Syed Omar di Kangar Perak kelmarin meninggal dunia semalam

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bahawa mangsa yang kritikal sebelum itu dilaporkan meninggal dunia pada 12 tengah hari.

BACA: Rupanya Lelaki Bakar Diri Sendiri Kerana Kecewa Dengan Ex-Girlfriend Ada Kekasih Baru

"Kita baru dimaklumkan oleh pihak HTF bahawa mangsa meninggal dunia selepas keadaannya agak kritikal akibat melecur dalam kejadian semalam," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan dikatakan membakar dirinya dalam kereta di atas sebuah jambatan di Jalan Kampung Syed Omar.

Polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.49 malam daripada pekerja kilang papan berhamporan lokasi.

Siasatan polis mendapati mangsa itu berusia 28 tahun dan dia adalah seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri HTF.

Mangsa dikatakan bertindak demikian dipercayai kerana kecewa dengan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baharu.

Sumber: Harian Metro