Sepotong video memaparkan sebuah pagar jeriji yang telah dibina oleh seorang penduduk kediaman rumah flat berjaya meraih perhatian ramai.

Kejadian ini dipercayai berlaku di salah sebuah rumah flat jenis Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menerusi video yang tular, seorang lelaki bertindak agresif dan memarahi tukang rakam yang juga merupakan seorang wanita itu dengan penuh emosi setelah wanita tersebut merakam pagar gril hasil binaannya.
@abe_kongsi Duduk flat pasang grill. Aiyaa uncle #fypシ゚viral #kongsimanfakat #fyp #malaysia #fypmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #kedah #johor ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") - Fadhilah Intan
Bagaimanapun, wanita tersebut kekal tenang dan meneruskan rakamannya sambil menerangkan secara bersahaja mengenai kejadian rupa bentuk grill tersebut.

"Ini grill dah siap kalau kita tolak macam ni sini boleh nampak lah ada nampak rak kasut, kalau sini bunyi nanti akan datang kalau ada bunyi dia complain orang tolak pulak. Jadi grill ini dah siap.

"Ini bentuk grill rumah tu lah jadi kalau kayu ni terbakar semua tak boleh nak keluarlah," ujar wanita tersebut dengan nada sindiran.

Dalam pada itu, tindakan lelaki ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen pada ruangan komen

Ada yang mengkiritik tindakan lelaki tersebut kerana seolah mengganggu penduduk setempat dan ada juga yang mempersoalkan dimanakah keberadaan pihak berkuasa dalam menangani hal ini.

"Duduk flat, citarasa semi D. Kalau hujung sekali tak ganggu laluan orang okay lah nak buat grill. Ini tengah jalan adui.

"Jawatankuasa Penduduk kena bertindak, tak boleh harap jiran sebelah-sebelah je yang hadap.

"Kenapa management tak ambil tindakan salah tu.

"Amboi dia buat macam tanah Tokwan dia pulak letak pagar mana bole pasang grill. Report pada majlis daerah," komen beberapa netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang tampil berfikiran positif terhadap tindakan yang telah dilakukan lelaki tersebut.

"Mungkin ada sebab kenapa uncle tu sampai terfikir untuk pasang pintu. Walau apa pun. Semoga baik-baik sahaja.

"Kena beli rumah di atas tanah. Boleh buat pagar besar," cadang seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 2 juta tontonan di Platform TikTok.

Berita Trending: Penyanyi Rap Suara Persis 'Seksaan Kubur' Nyahaktif Akaun X, Tulis 'I Quit' Di Spotify!

Berita Trending: Nadia Brian Sebak Dengar Penjelasan Ustaz Izhar Nazri Mengenai Kemaafan…