Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter keadaan pinggir jalan di Lebuh Raya CSR yang dipenuhi sampah sarap.
Hal ini difahamkan berpunca daripada kapasiti tinggi kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan yang rata-rata bertujuan pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang netizen melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pengguna jalan raya yang dianggap tidak bertanggungjawab.
“Parok lah orang kita. Penuh sampah di Lebuh Raya CSR! Malunya saya sebagai orang Kelantan.
“Nak buat macam mana bila tiada kesedaran sivik, masa cikgu ajar sivik dulu puak demo tidur dalam kelas,” katanya.
Meninjau respons netizen di Twitter, rata-rata memberikan maklum balas negatif terhadap kurangnya rasa sayang dalam diri orang ramai terhadap alam sekitar.
“Takut kes buka puasa tepi highway lepas tu beginilah… kesedaran sivik kurang. Bukan masalah negeri, masalah perangai diri sendiri,” tulis netizen.
Viral
Lelaki Ini Sanggup Kutip Sampah Sepanjang Lebuh Raya CSR, Harap Pengguna Jalan Raya Tak Kotorkan Jalan Balik Raya Nanti