Kediaman dua tingkat milik anak kepada vokalis Amir UK’S, Mohd Aliff Naim Mohd Azmir mengalami kebakaran pada malam Sabtu minggu lalu.

Insiden tersebut berlaku di kediamannya yang terletak di Taman Mewah, Kajang.

Menurut isteri kepada Aliff, Nur Farhana Nor Afandi, bahagian tingkat atas kediaman mereka hangus dan tiada satu barang yang sempat diselamatkan.

“Biarpun api tidak sempat merebak ke tingkat bawah namun kesan tersebut menyebabkan banyak peralatan rumah tidak dapat digunakan lagi,” ujarnya sebak.


Api merebak dan meletup

Berkongsi lanjut tentang detik cemas tersebut, Farhana berkata, insiden kebakaran pada pukul 9 malam menyebabkan kerugian sebanyak RM200,000.

“Kami mula sedar apabila dua orang anak saya melihat bilik tingkat atas yang dijadikan stor terbakar. Bayangkan api merebak dengan pantas ke bilik-bilik lain.

“Saya, suami dan bayi yang ketika itu di tingkat bawah sedang menonton televisyen terus bergegas membawa anak-anak keluar. Tiada apa pun barang yang dapat kami selamatkan melainkan telefon bimbit.

“Sebaik sahaja kami keluar rumah, api merebak ke bilik sebelah dan meletup disebabkan gas penghawa dingin di bilik itu. Situasi ini menyebabkan semua semua bilik bahagian atas hangus.

“Kini saya dan keluarga terpaksa menumpang di rumah bapa saudara selain berikhtiar untuk membaik pulih rumah tersebut namun kos yang besar agak merumitkan keadaan,” jelasnya.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Dalam masa yang sama, Farhana dan suami sedang berusaha mencari rumah sewa berhampiran kediaman mereka yang terbakar bagi memudahkan urusan membersihkan rumah dan proses baik pulih kelak.

Bagi ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB, 7016032125 (Nur Farhana Nor Afandi).