Berita
Lelaki OKU Sanggup Tipu Demi Dapatkan Gelaran Datuk
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.
BERITA BERKAITAN:
BERITA BERKAITAN:
Khoo Keik Sing, 50, didakwa menipu Teo Yun Hock, 48, dengan menawarkan untuk membantu mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Dato' yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM100,000.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya antara 1 Okt dan 28 Dis 2021, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Lim Leong Hui mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Tio Poh Heng yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan merupakan Orang Kurang Upaya yang mempunyai masalah pendengaran selain menghidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang.
"Anak guam saya juga menanggung keluarga iaitu isteri, seorang anak yang masih belajar serta ibu yang uzur," katanya.
Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jan depan untuk sebutan kes.
Must-Watch Video