Adakah cuaca di Lembah Klang ketika ini seumpama di tanah tinggi Cameron Highlands atau Genting Highlands apabila seseorang tanpa memakai pakaian tebal akan menggigil kesejukan pada waktu malam tidak kira di dalam atau di luar rumah?
Rakyat Malaysia di Semenanjung diselubungi cuaca sejuk pada waktu malam dan kabus pada waktu pagi, yang turut menyembunyikan Menara Berkembar Petronas, mercu tanda ikonik di sini, daripada dilihat dengan mata kasar, lapor AWANI.
Kabus itu muncul sehingga kira-kira 10 pagi dan hanya menghilang ketika hari semakin panas. Ada yang mungkin tertanya-tanya adakah jerebu kembali semula kerana langit yang mendung kelihatan seolah-olah dilitupi jerebu.
Kebanyakan kawasan menjadi lembab dan basah kerana hujan sepanjang hari sejak semalam. Dilaporkan tempat letak kereta bawah tanah sebuah pusat beli-belah popular di Cheras di sini, turut dinaiki air ekoran banjir kilat baru-baru ini.
Suhu di seluruh Lembah Klang menurun sehingga 22 darjah Celsius, paling rendah dicatatkan dalam bulan ini kerana negara kini berdepan cuaca sejuk akibat musim Monsun Timur Laut, yang biasanya dikenali sebagai monsun musim sejuk.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, ini adalah satu fenomena biasa di Malaysia apabila angin monsun yang terbentuk di rantau Siberia-Mongolia melalui utara China merentasi Laut China Selatan dan Semenanjung.
"Langit yang mendung dan hujan berterusan adalah biasa dalam tempoh ini di kawasan Semenanjung. Ia menyebabkan suhu menurun dan menghasilkan kelembapan yang lebih tinggi yang boleh menyebabkan pembentukan kabus, " katanya kepada Bernama.
Jailan berkata musim sejuk dan hujan akan berterusan, berkemungkinan sehingga awal Februari depan.
Jailan juga berkata hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh mengakibatkan banjir di kawasan yang rendah serta kawasan berisiko banjir dan keadaan itu mungkin menjadi lebih buruk jika hujan lebat berlaku serentak dengan fenomena air pasang.
Musim monsun dijangka berakhir Mac tahun depan.
Untuk rekod, suhu minimum yang dicatatkan di Cameron Highlands pada waktu malam adalah 15 darjah Celsius.
Sumber : Astro AWANI/ BERNAMA
Kredit Foto : iproperty.com.my
Asraf Aided
Tue Dec 17 2019
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan