VIRAL
Lembu Korban Lari Masuk Kedai Serbaneka
Pelanggan sebuah kedai serbaneka di Indonesia terkejut apabila melihat seekor lembu memasuki premis tersebut selepas melarikan diri daripada dismbelih, lapor portal Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Palembang, wilayah Sumatera Selatan kelmarin.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @seputarkotapalembang menunjukkan lembu berwarna hitam itu menyerbu masuk ke dalam kedai bersama tali pada lehernya.
Seorang pekerja premis berkata, haiwan itu datang sekitar pukul 10.22 malam (waktu tempatan).
“Lembu itu tidak merosakkan barang, ia hanya berjalan dan melihat sekeliling. Haiwan itu kemudian melanggar sebuah motosikal milik seorang pekerja di sini sebelum melarikan diri,” tambahnya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 29,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Lembu itu nak belanja makanan,” kata seorang netizen. – AGENSI
Must-Watch Video