,
Laman Utama

“Lepas 9 Tahun Tak Keluar Lagu Balada, Saya Tampil Dengan Peluk, Tapi Yang Ini Special Sikit Sebab…” – Stacy

Fiza Kamarudin
30/04/2021
06:55 MYT
Selepas sembilan tahun tidak muncul dengan lagu bergenre balada, penyanyi Stacy Anam kembali dengan lagu terbaru berjudul Peluk.
Lagu ciptaan Bunga Cantik iaitu dirinya sendiri dan lirik oleh Hang Nadim (Akim) dan Bunga Cantik yang diterbitkan oleh Nova Music itu juga merupakan karya yang cukup istimewa buat Stacy.
“Saya telah memberikan sepenuh jiwa ke dalam lagu ini. Bagi saya, lagu Peluk ini sangat istimewa sebab saya cipta dan nyanyikan sendiri, selain bekerjasama dengan Akim sebagai penulis lirik lagu.
“Sejujurnya, apabila lama tidak menyanyikan lagu bergenre balada, memang gementar dan ia sangat berbeza ketika merakamkan lagu Pelangi Senja yang mana waktu itu saya masih bujang.
“Tapi, untuk lagu ini mudah saja nak dapatkan penghayatan dan ‘feel’. Dengar saja melodi, tanpa disedari saya menangis. ‘Feel’ itu sangat dekat.
“Alhamdulillah selepas sembilan tahun akhirnya saya lancarkan single balada. Kebetulan awal tahun ini pihak Nova Music menawarkan projek rakaman yang memerlukan lagu bergenre balada,” katanya.
Menurut Stacy yang juga isteri kepada penyanyi popular, Akim Ahmad, single “Peluk” adalah buah tangan untuk peminat.
“Sesekali bertukar genre apa salahnya kan. Lagi pula projek ini memang menarik. Jadi kenapa tak untuk saya terima.
“Dalam masa sama, projek ini juga buka ruang kepada saya. Peminat pun sudah lama tunggu dan rindukan lagu balada daripada saya.
“Selain menganggap lagu Peluk ini sesuatu yang istimewa, lagu ini juga memberikan cabaran tersendiri buat saya.
“Ketika proses rakaman, saya kena faham betul-betul lirik dan melodi. Malah, lirik pun ada pertukaran pada saat akhir.
“ Lagu ini juga antara paling lama dirakam iaitu dalam empat ke lima jam juga. Kebiasaannya dalam dua jam saja,” katanya.
Dalam masa sama, Stacy terharu dan teruja apabila single “Peluk” itu dilancarkan serentak dengan single “Bayang” nyanyian suaminya, Akim Ahmad.
Lebih menarik apabila, jumlah tontonan kedua-dua video lirik rasmi lagu “Peluk” dan “Bayang” yang dimuat naik di saluran YouTube Nova Music Videos sejak seminggu lalu saling bersaing.
“Ini pertama kali saya dan Akim keluar lagu serentak. Akim pula selepas lima tahun bersama Akim & The Majistret baru muncul dengan single solo, dan saya pula kembali menyanyikan genre balada.
“Apa yang saya boleh cakap pada peminat, beza dan istimewanya lagu ini kepada saya adalah kerana inilah kali pertama saya menyanyikan lagu balada dengan seluruh ‘feel’.
“Saya menyanyi dari dalam jiwa. Itu yang membuatkan saya sampai menangis. Tak dinafikan, menyanyikan lagu ciptaan orang lain dengan lagu ciptaan sendiri memberikan ‘feel’ yang berbeza. Saya juga mendapat banyak tunjuk ajar daripada Akim dalam menyelami bidang penulisan lagu.
“Apabila saya mulakan rakaman dan letakkan ‘feel’ dalam lagu ini baru dapat rasa. Pendek kata, lagu ini cukup dekat dengan karakter diri sendiri,” katanya.
Single terbaru “Peluk” Stacy terbitan Nova Music telah dilancarkan pada 13 April lalu dan boleh distrim di semua pelantar muzik digital.
Lirik video rasmi single tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar