Sekilas
- Mafarikha berkongsi tips solekan raya supaya kelihatan cantik dan tahan lama walaupun beraya sepanjang hari di cuaca tropika Malaysia.
- Gunakan bedak untuk set solekan, bawa alat touch up seperti bedak, blusher, dan lipstick, serta pastikan lipstick dipakai selepas siap berpakaian.
- Makeup remover dan skincare penting untuk bersihkan solekan selepas solat, walaupun menggunakan produk wudhu friendly.
Menjelang sambutan Aidilfitri, pastinya ramai wanita ingin tampil cantik, segar dan berseri.
Tak perlu solekan yang terlalu tebal, memadai dengan teknik yang betul untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi.
Memahami situasi wanita, penyanyi dan juga jurusolek, Mafarikha berkongsi beberapa tips penting untuk memastikan solekan raya tetap kelihatan cantik walaupun beraya sepanjang hari.
Jom ikuti beberapa tips make up Raya dari Mafarikha yang boleh anda cuba!
1. Raya pertama selalunya ada yang akan beraya sepanjang hari. Malaysia ni negara tropical, nak make up long lasting meang kena set powder the whole face unless sepanjang hari tu beraya dalam aircond.
Boleh kalau nak use less powder, i would not advice you to go out without setting, sebab in the middle/end of the day dia bukan nampak glowing tapi berminyak. Less powder is ok, without powder is a no-no. Learn to differentiate oily and glow.
2. Selalu bawa your powder, blush, lipstick dan fan for touch ups. Kalau berpeluh, biar kering sendiri dulu. Dab oily parts dengan tissue yang tiada texture, baru touch up powder. Jangan apply powder on top of peluh dan oily skin.
3. Lipstick must be the last, wear your baju dan tudung first before wearing lipstick so the lipstick will not mess your baju dan tudung raya yang cantik!
4. Yes you do need to bring makeup remover dan everything including skincare to redo your makeup after prayers.
Wudhu friendly make up does not mean you can straightaway bawa solat, it means the ingredients are halal dan easy to remove, you still need to take wudhu before applying makeup dan remove your make up before taking wudhu.
5. Jangan lupa to bring your confidence together when you’re done. Be beautiful, behave beautifully, and have a beautiful hari raya!
Sumber: Threads @mafarikha