Skip to main content

Hiburan

Madi, Spark & Shahrul Antara Watak Ikonik Filem ‘Rempit’ Yang Masih Menjadi Sebutan Hingga Ke Hari Ini

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem 'Malaikat Malam' bakal ditayangkan mulai 26 Mac ini, mengangkat kisah dunia lumba haram dengan watak utama Azam yang dilakonkan Syafiq Kyle.
  • Artikel ini mengimbas kembali watak-watak ikonik dalam filem mat rempit seperti Spark (Remp-It), Adnan (Adnan Sempit), Shahrul (KL Menjerit), dan Madi (Remp-It) yang masih dikenang penonton.
  • Tiket untuk tayangan 'Malaikat Malam' sudah boleh didapati di TGV Cinemas, menandakan kemunculan semula genre filem permotoran dalam industri perfileman Malaysia.

Setelah sekian lama, industri perfileman tanah air bakal kembali dimeriahkan dengan kehadiran filem berkisarkan dunia permotoran yang berjudul ‘Malaikat Malam’.

Bila kita berbicara soal filem berkisarkan dunia permotoran atau pun ‘mat rempit’, penonton bukan sahaja akan mengimbau jalan cerita yang dibawakan namun mereka juga pasti akan mengingati watak-watak dalam naskhah tersebut yang tentunya ikonik dan meninggalkan kesan mendalam kepada diri mereka.

Untuk perkongsian kali ini, Gempak ingin menyenaraikan beberapa karakter ikonik yang muncul dalam filem berkisarkan ‘mat rempit’ yang pastinya masih menjadi sebutan hingga ke hari ini.

Berikut antara watak-watak ikonik mat rempit yang pernah mencuri perhatian penonton.

1.Spark (Remp-It)

Dibawakan oleh Zul Huzaimi, watak Spark cukup diingati kerana karakternya yang agresif serta penuh dengan aura antagonis. Di dalam filem yang diarahkan Dr. Ahmad Idham itu, Spark merupakan seorang ketua kumpulan mat rempit yang berpengaruh dan sering menimbulkan kekacauan di jalanan. Gaya berani serta sikap tidak gentar menjadikan watak ini antara villain paling diingati dalam genre filem sebegini.

2.Adnan (Adnan Sempit)

Watak Adnan membawa sedikit kelainan dalam filem dunia permotoran kerana karakternya yang kelakar namun tidak pernah berputus asa untuk mengejar cinta seorang wanita yang merupakan majikannya sendiri.

Dilakonkan oleh Shaheizy Sam, watak ini tampil dengan gaya santai, kelakar dan penuh karisma. Walaupun berlatarbelakangkan dunia rempit, kisah Adnan lebih menonjolkan elemen komedi serta percintaan yang membuatkan penonton mudah terhibur.

3.Shahrul (KL Menjerit)

Watak Shahrul merupakan watak paling ikonik pernah muncul dalam filem dunia permotoran. Mengisahkan Shahrul (Rosyam Nor) yang menempuh onak duri di ibu kota. Kehidupannya mula berubah selepas mengenali seorang gadis kampung bernama Ayu (Lisdawati) yang datang ke Kuala Lumpur bagi mencari tunangnya selepas lama berpisah.

Bukan sekadar sarat dengan emosi, KL Menjerit turut membawakan kisah mengenai Shahrul yang gemar menyertai perlumbaan haram sehingga mengakibatkan dirinya cedera teruk akibat kemalangan.

4.Madi (Remp-It)

Berbeza dengan Spark, watak Madi yang dilakonkan Farid Kamil merupakan antara watak penting dalam filem Remp-It. Madi merupakan seorang anak muda yang terjebak dengan dunia lumba haram namun masih mempunyai nilai persahabatan dan emosi yang membuatkan penonton bersimpati dengan perjalanan hidupnya.

Kehidupannya mula berubah apabila dia cedera teruk akibat dibelasah Spark dan konco-konconya. Lebih parah, cinta hatinya juga turut hanyut dan lari untuk hidup bersama Spark.

5.Azam (Malaikat Malam)  

Meskipun belum ditayangkan di pawagam namun, watak Azam yang dilakonkan Syafiq Kyle sudah pun membuatkan rata-rata warganet tidak keruan untuk melihat aksinya dalam Malaikat Malam.

Mengisahkan Azam yang gemar menyertai aktivit lumba haram demi kelangsungan hidup abang dan keluarganya di kampung. Kehidupan Azam mula berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis buta yang berjaya menambat hatinya.

Sejak perkenalan itu, Azam berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan sehinggakan satu perkara yang tidak disangka berlaku terhadapnya dan rakan-rakan.

Watak-watak yang disenaraikan merupakan antara watak yang sangat ikonik dan masih menjadi sebutan penonton sehingga ke hari ini.

Tidak lama lagi, industri perfileman tanah air bakal tampil dengan filem berkisarkan dunia pemotoran yang berjudul Malaikat Malam.

Sekadar info, filem Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini di pawagam terpilih.

Antara pelakon yang membarisi filem ini termasuklah Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Que Haidar, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Orang ramai kini sudah boleh mendapatkan tiket tayangan filem berkenaan di TGV Cinemas bermula sekarang.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement