Laman Utama

Lepas Jumpa JAWI, Puteri Sarah Terima Khabar Gembira; “Perkara Baik Akan Berpihak Pada Orang Benar”

gempak
Shahrin Zulkifle
14/10/2022
23:00 MYT
Sponsor Banner
Lepas Jumpa JAWI, Puteri Sarah Terima Khabar Gembira; “Perkara Baik Akan Berpihak Pada Orang Benar”
Beberapa hari lalu, pelakon Puteri Sarah menjelaskan dia sudah pun menerima tarikh perbicaraan daripada mahkamah mengenai isu melibatkan seorang wanita yang didakwa menggangu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
BACA: “Tutup Kes? H*ll No!” – Dah Dapat Tarikh Bicara Mahkamah, Ramai Terus Sokong Puteri Sarah
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Sarah dilihat telah pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) bagi mendapatkan penjelasan terkini berhubung kesnya tersebut.
Menurut Sarah, 37, selepas mendengar penerangan pihak JAWI, dirinya amat berpuas hati dan akui jelas dengan situasi kes yang sedang dihadapinya itu.
Bagaimanapun, apa yang diketahuinya itu tidak boleh didedahkan kepada umum.
“Hari Jumaat yang penuh rasa syukur. Pagi tadi Sarah dah pergi ke JAWI dan dah dengar penjelasan dari IO dan pembantu IO mengenai kes saya.
“Sekarang dah jelas dan faham tetapi saya tidak boleh kongsikan kepada anda.
“Apa yang boleh saya katakan dalam siasatan sebab ada SOP dan prosedur yang banyak dan Insya-Allah akan ada berita baik sebab perkara baik akan berpihak pada orang benar,” jelasnya.
Sementara itu, Sarah turut memuji tindakan pihak JAWI yang sentiasa membantu membela nasib wanita teraniaya seperti dirinya.
“Allah pun tahu hambanya tak berhenti berjuang, berdoa dan pasti akan ada pelangi lepasni, Insya-Allah.
“JAWI tidak akan kecewakan Sarah dan wanita-wanita yang teraniaya diluar sana. Jangan pernah berhenti berjuang!” tambahnya.
Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, media melaporkan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar telah dipanggil ke pejabat JAWI.
Difahamkan, ia bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live