Selepas lagu Cute mencipta fenomena, Harith Zazman bersama kumpulan MFMF., dan rapper LOCA B, mengundang Nabila Razali untuk berkolaborasi menghasilkan versi remix yang diberi judul ‘Cute: Nabila Razali Remix’.
Sekiranya lagu ‘Cute: Stop Lah Being So Cute’ dinyanyikan daripada perspektif lelaki, kali ini ‘Cute: Nabila Razali Remix’ diberikan nafas baharu apabila lirik diolah semula menggambarkan subjek dilamun cinta dari perspektif wanita.
Keistimewaan lagu ini bukan sahaja pada kemunculan Nabila Razali yang menambah lagi seri lagu ini tetapi fokus yang diberi kepada Nabila Razali dan LOCA B dalam menerajui lagu ini menjadikan lagu ini lebih bersifat feminin.
Baharu sahaja dilancarkan pada 14 Ogos yang lalu, video muzik rasmi “Cute: Nabila Razali Remix’ yang diarahkan oleh Harith Zazman sendiri berjaya menjana hampir 1 juta tontonan.
Mengulas tentang penglibatan Nabila dalam versi remix ini, Brendan Lim bagi pihak kumpulan MFMF. yang juga penerbit rakaman berkata, mereka berbesar hati penyanyi tersebut sudi terlibat dalam projek berkenaan.
“Kami amat berbesar hati kerana Nabila sudi terlibat dalam projek ini. Sebagai penyanyi dan juga pelakon yang berpengalaman, Nabila memberi nilai tambah kepada lagu ini.
“Bekerjasama dengan Nabila merupakan suatu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan,” katanya.
‘Cute: Nabila Razali Remix’ boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, JOOX, KKBox dan juga Deezer.
Manakala video muzik rasmi lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube Harith Zazman.
Lagu ‘Cute: Stop Lah Being So Cute’ mula mencuri tumpuan selepas Harith membuat hantaran video di TikTok.
Berbekalkan melodi dan lirik yang ‘catchy’ serta nyanyian bersahaja Harith, hantaran klip video tersebut telah ditonton lebih 1.5 juta kali di aplikasi tersebut.
Malah klip lagu nyanyiannya itu turut digunakan oleh selebriti seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Fattah Amin, Zulin Aziz, Alvin Chong dan Saharul Ridzwan sebagai muzik latar video TikTok.
Video rasmi lagu tersebut turut berada di kedudukan pertama carta trending di YouTube dan menjana lebih 2.3 juta tontonan dalam tempoh seminggu.
Sehingga kini, selepas hampir dua bulan berlalu muzik video ‘Cute: Stop Lah Being So Cute’ sudah mencapai lebih 7.5 juta tontonan.
Lagu ciptaan bersama Harith, MFMF. dan LOCA B ini diterbitkan oleh MFMF Productions dan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.
Fiza Kamarudin
Mon Aug 24 2020
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.
Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
Aliff bercakap mengenai isu kena tangkap khalwat.
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.