Berita

"Lepas Ni Nak Kena Cakap KL, Barulah Nampak ...."- Faezah Elai Didakwa Suka Cakap Kasar?

gempak
Kamaruddin Razal
21/11/2019
07:25 MYT
Sponsor Banner
"Lepas Ni Nak Kena Cakap KL, Barulah Nampak ...."- Faezah Elai  Didakwa Suka Cakap Kasar?
Pelakon Faezah Elai mendakwa dia berasa hairan dan keliru apabila ada pihak mendakwa dirinya suka menggunakan perkataan kasar di media sosial.
Menurut Faezah, 37, selama ini dia hanya menggunakan laras bahasa loghat orang Pulau Pinang dalam setiap postingnya.
"Saya percaya tiada yang salah dengan kapsyen saya. Kebanyakannya hanyalah berkaitan kecantikan dan kesihatan.
"Tak pasti bahagian mana yang 'entah apa-apa' tu. Kalau awak rasa ia disebabkan oleh loghat Penang saya, maaf, saya seorang yang bangga sebagai anak kelahiran Pulau Pinang.
"Dan bab mulut tu, tak pernah di media sosial, saya bercakap buruk atau menghukum orang lain. Saya keliru. Apapun, terima kasih," tulisnya di Twitter.
Penjelasan itu dibuat menerusi satu status di Twitter miliknya sebagai menjawab kepada satu kenyataan netizen yang mengkritik 'mulutnya'.
"Faezah Elai lawa nokharam sekarang, tapi mulut dan kapsyen dia macam entah apa-apa la pulak. Betul la. Tak semua yg kita nak kita dapat," dakwa netizen tersebut. Bagaimanapun, status Faezah itu kemudian menerima pelbagai maklum balas. Ada yang merasakan mungkin loghat Penang yang digunakan itu kedengaran kasar bagi orang luar.
"Kami sikit punya lembut ka.. lepaih ni nk kena cakap KL baru nampak hipstur.. baru lembut.. ka kena tulih omputih.. nampak educated.. haaa kann," sindir Faezah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live