,
Berita

“Lepas Penat Lelah...Sampai Terbalik Kuali...”- Anak Fazley Yaakob Beli PS4 Guna Duit Sendiri

Syafiqah Jalal
06/11/2019
03:17 MYT
Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob melatih anak-anaknya supaya berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang diingini tanpa bantuan wang ringgit dari ibu bapa.
Menceritakan mengenai kisah anaknya, Ahmad Fariedz atau Payish, Fazley berbangga kerana buah hati sulungnya itu berjaya mengumpul wang simpanan hasil berniaga nasi lemak untuk mendapatkan gajet idamannya, PS4.
Payish sanggup memasak serta berniaga nasi lemak setiap hujung minggu demi mendapatkan hadiah untuk dirinya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-11.
"Alhamdulilah, anak sulung saya Abang Payish @fariedzfazley bertambah usia setahun lagi, minggu lalu.
"Dari hasil penjualan Nasi Lemak Payish dia sepanjang beberapa weekend, dia dapat collect cukup-cukup untuk beli satu-satunya gadget yang disebut-sebut dari awal tahun.
"Saya dan mama dia @azrene_ahmad dah cakap dengan dia “Kalau nak beli toys yang mahal-mahal, you got to study hard, get good grades, earn your own cash and buy it yourself”.
"So my baby boy did it! Dida dgn Mama tambah sikit bantu beli games dan controller sebab kita pun nak tumpang sekaki.
"So happy for you Payish. Lepas penat lelah, berkorban hujung minggu, sampai terbalik kuali (click the hashtag kalau nak tgk), you got yourself your very own birthday present now.
"Siap bayar guna seringgit-seringgit haha. Happy 11th birthday! We love you. #nasilemakpayish,” tulisnya.
Fazley berkongsi perkara terbabit di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik momen anaknya berjaya membayar gajet tersebut dari duit hasil jualan nasi lemaknya.
Dalam potongan video itu, turut terselit momen-momen Payish memasak nasi lemak serta berniaga.
Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya apabila kisah tersebut memberi inspirasi buat mereka sebagai ibu bapa.
Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada 2007 dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2.

Alhamdulilah, anak sulong saya Abang Payish @fariedzfazley bertambah usia setahun lagi, minggu lalu. Dari hasil penjualan Nasi Lemak Payish dia sepanjang beberapa weekend, dia dapat collect cukup2 untuk beli satu-satunya gadget yang disebut-sebut dari awal tahun. Saya dan mama dia @azrene_ahmad dah cakap dengan dia “Kalau nak beli toys yang mahal-mahal, you got to study hard, get good grades, earn your own cash and buy it yourself”. So my baby boy did it!!!! Dida dgn Mama tambah sikit bantu beli games dan controller sebab kita pun nak tumpang sekaki ? ? ? . So happy for you Payish. Lepas penat lelah, berkorban hujung minggu, sampai terbalik kuali (click the hashtag kalau nak tgk), you got yourself your very own birthday present now. Siap bayar guna seringgit-seringgit haha. Happy 11th birthday! We love you. #nasilemakpayish

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.