Seorang transgender mengakui ingin kembali ke fitrah sebagai lelaki saat selepas menonton filem Siksa Neraka.

Menerusi laporan Tribunnews yang memetik perkongsian Instagram Arena Fakta, transgender berkenaan mendedahkan yang dia berasa benar-benar insaf selepas menyaksikan adegan-adegan filem tersebut yang disifatkannya sebagai ‘benar’.

BERITA TRENDING: Kalahkan New York, Seoul & Bali, Kuala Lumpur Duduki Tangga Ke-6 Sebagai Banda Raya Paling Ramai Pengunjung Sepanjang 2023

“Tak mahu jadi banci (lelaki menyerupai wanita) lagi. Alhamdulillah hari ini saya mahu insaf.

“Ya Allah, seksa neraka itu benar. Sepertinya saya mahu insaf, demi Allah,” katanya.

Dalam masa sama, transgender itu mengaku akan segera memotong rambut pendek sama seperti lelaki lain secara umumnya.

Tambahnya, dia berjanji tidak akan menyerupai wanita lagi selain menjalani hidup sebagai lelaki sebenar.

“Nak potong (rambut), tak mahu jadi banci lagi. Tak mahu jadi banci lagi esok,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Netizen Kecewa Lihat Kelakuan Pelajar Terhadap Guru Tuisyen - “Boleh Tahan Biadab Juga Student Zaman Sekarang”

Filem Siksa Neraka baru sahaja ditayangkan di Indonesia minggu lalu.

Sumber: Youtube