Hiburan
“Lepas Tu Post Gambar Aib Sebelum & Selepas Renovate Muka, Tak Baik Dik!” - Michael Ang Meluat! Mohon Pasangan Tular Selesaikan Masalah Rumah Tangga Di Mahkamah
Pengarah dan pelakon, Michael Ang menasihatkan agar pasangan suami isteri yang mempunyai masalah dalam rumah tangga tidak terlalu menghebahkannya kepada umum.
Meluat dan mohon selesaikan di mahkamah
Michael menerusi akaun Instagramnya berkata masalah rumah tangga sebaiknya diselesaikan dengan cara yang betul seperti di mahkamah.
Malah Michael juga menyatakan rasa rimas dengan kisah perceraian pasangan pempengaruh popular yang tidak berkesudahan mendedahkan aib masing-masing kepada umum.
“Apa punya bodoh manusia bergaduh macam budak-budak, pergi sahajalah mahkamah selesaikan!
“Satu malaysia sibuk pasal banjir dia boleh mintak pulangkan hidung dan kereta balik! Apo, pergi lah selesaikan dekat mahkamah pasal harta.
“Lepas tu post gambar-gambar aib sebelum dan selepas renovate satu badan dan muka! Tak baik dik!” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan pendapat Michael.
Terdahulu, usahawan Jofliam mendedahkan video text perbualan bersama bekas isterinya, pempengaruh, Cik Epal.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, usahawan itu meminta bekas isterinya memulangkan barangan yang pernah diberikannya, termasuk pembedahan hidung yang dilakukan Cik Epal ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Manakala Cik Epal pula kemudiannya meminta Jofliam memulangkan kereta Mustang, hadiah yang pernah diberikan kepadanya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Pulangkan Hidung, Saya Pulangkan Mustang” - Video Perbualan Jofliam & Cik Epal Raih Perhatian Ramai
ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Tutup Buku, Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat - “Saya Bukan Penyebab Rumah Tangga Awak Hancur”
Must-Watch Video