Sejak bulan awal bulan lalu, nama Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr. Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) menjadi sebutan netizen dan juga pengguna media sosial.

Selain majlis perkahwinan yang gilang gemilang dan jarak usia DDNK dengan isterinya, Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari sebanyak 22 tahun, pasangan tersebut turut menyorot perhatian selepas bekas isteri DDNK yang dikenali sebagai watie memberikan kenyataan di laman Facebook.

Ujarnya, dia hanya mendiamkan diri sebelum ini dan enggan memberi respon mengenai isu membabitkan dirinya dan bekas suami kerana mahu menceritakan hal sebenar yang berlaku di mahkamah sahaja.

Terbaharu, nama DDNK kembali menjadi sebutan apabila lesennya bagi pengurusan dana (fund management) telah digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.



Menerusi carian di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, lesen DDNK digantung selama enam bulan bermula 6 Oktober 2022.

Bagaimanapun, tiada sebab atau alasan dinyatakan kenapakah lesen DDNK digantung untuk tempoh berkenaan.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!