Laman Utama
Lesti Kejora Terlepas Cakap Mandi Bersama, Rizky Billar Coverline: "Soalnya Kan..."
Pasangan pengantin baharu Lesti Kejora dan Rizky Billar sedang menempuh fasa sebagai suami isteri.
Ada banyak perkara baru yang dipelajari sekaligus dilakukan berdua oleh pasangan selebriti terkenal Indonesia ini. Salah satunya adalah mandi bersama sama.
Kegiatan mandi bersama itu diberitahu Lesti secara tidak sengaja sewaktu dia dan suaminya menjadi tetamu dalam saluran YouTube RANS Entertainment, semalam.
Saat itu isteri Raffi Ahmad, Nagita Slavina bertanya kepada pasangan tersebut mengenai sikap buruk yang baru diketahui masing masing setelah berkahwin.
Rizky mengatakan dia baru sedar isterinya yang merupakan seorang penyanyi dangdut itu seorang yang tidak tepat waktu.
Lesti bagaimanapun menafikan dakwaan suaminya. Dia kemudian cuba mencari sikap buruk pelakon tersebut termasuk kebiasaannya di dalam bilik mandi.
"Dia kalau mandi, jika tidak diketuk pintu, boleh mandi sampai dua jam," kata Lesti seperti dilaporkan Insertlive.
Mendengar pengakuan Lesti, Billar justru membongkar kebiasaan lain yang membuat Nagita terkejut.
"Bukan, tapi kita mandi bersama," kata pelakon berusia 26 tahun itu.
Nagita yang terkejut dengan pengakuan tak terduga itu kemudian menjawab aktiviti mandi bersama pasangan bukan satu kesalahan memandangkan mereka sudah sah bergelar suami isteri.
"Tak apa mandi bersama sudah jadi suami isteri," kata Nagita.
Namun, Lesti tiba tiba menyampuk.
"Tapi kalau mandi bersama pasti lama," kata Lesti polos.
Melihat seperti kenyataan isterinya 'mandi berdua pasti lama' akan menimbulkan spekulasi lain, Rizky cepat cepat memberi penjelasan.
"Soalnya kan shower cuma satu, jadi kami pakai secara berganti ganti," jelas Rizky.
Instagram: @rizkybillar
Must-Watch Video