Pelakon Norman Hakim membuat kejutan awal sambutan ulang tahun kelahiran isterinya, Memey Suhaiza yang ke-31 semalam.

Menerusi kemas kini laman sosial Instagram (IG) miliknya, Memey ternyata terkejut serta tidak menyangka dengan sambutan tersebut.

Menurut Norman ini merupakan permulaan untuk Memey memandangkan hari lahirnya bakal menjelma pada 25 Mac ini.

"The beginning of wifey @memeysuhaiza's birthday month esok (Mac) but let us start the 'pre celebration' first dengan hashtag #BirthdaykanSebulan #MemeySuhaizaTurns31. We love you sayang," tulisnya.

Sambutan hari lahir Memey itu turut dimeriahkan oleh aktres Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakari.

Menerusi entri tersebut, rata-rata netizen mengambil peluang untuk menjadi yang terawal memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Memey.

Peminat mereka turut mendoakan agar keakraban hubungan mereka sekeluarga kekal bahagia.

The beginning of wifey @memeysuhaiza 's 'birthday month' esok (Mac) but let us start the 'pre-celebration' first dengan hashtag #BirthdaykanSebulan #MemeySuhaizaTurns31 ?? . . We love u sayang❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on